Alex Eala memperoleh tonik terbaik menjelang Wimbledon apabila muncul juara Terbuka Birmingham selepas menewaskan Nikola Bartunkova dalam aksi final pada Ahad.
Pemain nombor 33 dunia dari Filipina itu bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menutup perlawanan dengan kemenangan 5-7, 6-3, 7-5 di Edgbaston Priory Club.
View this post on Instagram
Kejayaan tersebut bukan sahaja menghadiahkan gelaran pertama Eala di gelanggang rumput, malah turut menambah koleksi gelaran WTA 125 miliknya kepada dua.
Selepas menamatkan cabaran di Roland Garros, Eala jelas tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dengan permukaan rumput apabila mempamerkan aksi konsisten sepanjang minggu di Birmingham.
Pemain berusia 21 tahun itu hanya kehilangan satu set sebelum final dan turut menyingkirkan wakil Thailand, Mananchaya Sawangkaew, di peringkat suku akhir.
Trofi tersebut menjadi satu lagi pencapaian penting dalam musim yang terus menyaksikan peningkatan prestasi Eala, selepas beliau pernah melonjak ke ranking tertinggi karier di kedudukan ke-29 dunia pada Mac lalu.
Cabaran seterusnya buat Eala adalah di HSBC Championships di Queen’s Club, di mana beliau dijadual membuka kempen menentang pemain China, Zhang Shuai, pada Selasa.
View this post on Instagram
Turut mencuri perhatian di Birmingham ialah pemain Indonesia, Janice Tjen, yang muncul juara beregu wanita bersama gandingannya dari Australia, Talia Gibson.
Pasangan pilihan utama itu menewaskan Harriet Dart dan Maia Lumsden dari Britain pada perlawanan akhir, sekali gus menambah lagi kegembiraan buat wakil Asia Tenggara menjelang Wimbledon.
View this post on Instagram



