{"id":4770,"date":"2026-05-21T04:24:42","date_gmt":"2026-05-21T04:24:42","guid":{"rendered":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/?p=4770"},"modified":"2026-05-21T04:50:11","modified_gmt":"2026-05-21T04:50:11","slug":"macam-star-wars-coulthard-kagum-dengan-gen4-formula-e","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/ms\/macam-star-wars-coulthard-kagum-dengan-gen4-formula-e\/","title":{"rendered":"\u2018Macam Star Wars!\u2019 &#8211; Coulthard kagum dengan Gen4 Formula E"},"content":{"rendered":"<p>Bekas pelumba Formula One (F1), David Coulthard, mengakui teruja selepas berpeluang menguji jentera Gen4 Formula E di jalanan Monte Carlo sempena hujung minggu Monaco E-Prix.<\/p>\n<p>Pemenang 13 Grand Prix F1 itu diberi peluang memandu jentera generasi baharu Formula E yang bakal digunakan mulai musim depan dan disebut-sebut sebagai kereta terpantas pernah dibangunkan dalam sejarah kejuaraan itu.<\/p>\n<p>Bagi Coulthard, pengalaman memandu Gen4 di litar jalan raya Monaco memberikan sensasi yang jauh berbeza daripada apa yang pernah dirasainya sebelum ini.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/t1AGt2krxTg?si=p86kvLFJk7RsBlak\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n<p>&#8220;Itu pecutan paling luar biasa yang pernah saya rasai di Monte Carlo, sedangkan saya pernah menang dua kali di sini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&#8220;Daripada apa yang saya alami tadi, dan membayangkan bagaimana pelumba Formula E sebenar akan memandunya, mereka bakal merasai sesuatu yang belum pernah wujud dalam perlumbaan.<\/p>\n<p>&#8220;Gen4 bukan sekadar lebih laju. Cara kereta ini bergerak juga berbeza, terutama dengan pacuan empat roda kekal. Setiap kali keluar dari selekoh, pecutannya benar-benar memberi rasa yang lain.&#8221;<\/p>\n<p>Coulthard berkata antara detik paling mengagumkan ialah ketika melalui terowong ikonik Monaco, apabila lonjakan kelajuan jentera itu membuatkannya terkejut.<\/p>\n<p>&#8220;Kali pertama saya masuk ke terowong itu, rasanya macam adegan <em>Star Wars<\/em> apabila semuanya tiba-tiba bergerak pada kelajuan warp,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&#8220;Saya sudah melalui terowong itu beribu kali, tetapi saya tidak pernah mengalami sensasi seperti itu.&#8221;<\/p>\n<p>Gen4 dianggap sebagai langkah besar buat Formula E, dengan peningkatan dari segi prestasi, pecutan dan teknologi yang dijangka membawa kejuaraan itu ke tahap baharu.<\/p>\n<p>Komen positif Coulthard hadir ketika Formula E terus mencuri perhatian, termasuk selepas <a href=\"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/ms\/juara-dunia-f1-norris-buka-pintu-ke-formula-e\/\">juara dunia F1, Lando Norris<\/a>, baru-baru ini turut menyuarakan minat untuk mencuba siri perlumbaan elektrik tersebut.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/1M6gghofAwY?si=6a2Qk1GLl7lI_-Fy\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas pelumba Formula One (F1), David Coulthard, mengakui teruja selepas berpeluang menguji jentera Gen4 Formula E di jalanan Monte Carlo sempena hujung minggu Monaco E-Prix. Pemenang 13 Grand Prix F1 itu diberi peluang memandu jentera generasi baharu Formula E yang bakal digunakan mulai musim depan dan disebut-sebut sebagai kereta terpantas pernah dibangunkan dalam sejarah kejuaraan &hellip; <a href=\"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/ms\/macam-star-wars-coulthard-kagum-dengan-gen4-formula-e\/\" class=\"more-link\">Continue reading <span class=\"screen-reader-text\">\u2018Macam Star Wars!\u2019 &#8211; Coulthard kagum dengan Gen4 Formula E<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":4766,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[44,50],"tags":[696,848,278],"class_list":["post-4770","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-cerita-teratas","category-popular-ms","tag-formula-e-ms","tag-motorsports-ms","tag-sukan-permotoran"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4770","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4770"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4770\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4772,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4770\/revisions\/4772"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4766"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4770"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4770"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4770"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}