{"id":5652,"date":"2026-07-26T11:21:09","date_gmt":"2026-07-26T11:21:09","guid":{"rendered":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/?p=5652"},"modified":"2026-07-26T11:46:29","modified_gmt":"2026-07-26T11:46:29","slug":"grand-prix-bahrain-dan-3-lagi-perlumbaan-f1-yang-pernah-berhijrah-dari-negara-asal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/ms\/grand-prix-bahrain-dan-3-lagi-perlumbaan-f1-yang-pernah-berhijrah-dari-negara-asal\/","title":{"rendered":"Grand Prix Bahrain dan 3 lagi perlumbaan F1 yang pernah &#8216;berhijrah&#8217; dari negara asal"},"content":{"rendered":"<p>Grand Prix Bahrain di Malaysia mungkin kedengaran janggal, namun situasi itu bukan sesuatu yang asing dalam sejarah Formula 1.<\/p>\n<p>Susulan pembatalan perlumbaan di Bahrain akibat konflik di Asia Barat, Litar Antarabangsa Sepang dijadual mengambil alih penganjuran perlumbaan itu pada 4 Oktober, sekali gus menyaksikan Malaysia kembali menjadi tuan rumah F1 buat kali pertama sejak 2017.<\/p>\n<blockquote class=\"instagram-media\" style=\"background: #FFF; border: 0; border-radius: 3px; box-shadow: 0 0 1px 0 rgba(0,0,0,0.5),0 1px 10px 0 rgba(0,0,0,0.15); margin: 1px; max-width: 540px; min-width: 326px; padding: 0; width: calc(100% - 2px);\" data-instgrm-captioned=\"\" data-instgrm-permalink=\"https:\/\/www.instagram.com\/p\/DbQLerQiMcF\/?utm_source=ig_embed&amp;utm_campaign=loading\" data-instgrm-version=\"14\">\n<div style=\"padding: 16px;\">\n<p>&nbsp;<\/p>\n<div style=\"display: flex; flex-direction: row; align-items: center;\">\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; border-radius: 50%; flex-grow: 0; height: 40px; margin-right: 14px; width: 40px;\"><\/div>\n<div style=\"display: flex; flex-direction: column; flex-grow: 1; justify-content: center;\">\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; border-radius: 4px; flex-grow: 0; height: 14px; margin-bottom: 6px; width: 100px;\"><\/div>\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; border-radius: 4px; flex-grow: 0; height: 14px; width: 60px;\"><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<div style=\"padding: 19% 0;\"><\/div>\n<div style=\"display: block; height: 50px; margin: 0 auto 12px; width: 50px;\"><\/div>\n<div style=\"padding-top: 8px;\">\n<div style=\"color: #3897f0; font-family: Arial,sans-serif; font-size: 14px; font-style: normal; font-weight: 550; line-height: 18px;\">View this post on Instagram<\/div>\n<\/div>\n<div style=\"padding: 12.5% 0;\"><\/div>\n<div style=\"display: flex; flex-direction: row; margin-bottom: 14px; align-items: center;\">\n<div>\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; border-radius: 50%; height: 12.5px; width: 12.5px; transform: translateX(0px) translateY(7px);\"><\/div>\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; height: 12.5px; transform: rotate(-45deg) translateX(3px) translateY(1px); width: 12.5px; flex-grow: 0; margin-right: 14px; margin-left: 2px;\"><\/div>\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; border-radius: 50%; height: 12.5px; width: 12.5px; transform: translateX(9px) translateY(-18px);\"><\/div>\n<\/div>\n<div style=\"margin-left: 8px;\">\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; border-radius: 50%; flex-grow: 0; height: 20px; width: 20px;\"><\/div>\n<div style=\"width: 0; height: 0; border-top: 2px solid transparent; border-left: 6px solid #f4f4f4; border-bottom: 2px solid transparent; transform: translateX(16px) translateY(-4px) rotate(30deg);\"><\/div>\n<\/div>\n<div style=\"margin-left: auto;\">\n<div style=\"width: 0px; border-top: 8px solid #F4F4F4; border-right: 8px solid transparent; transform: translateY(16px);\"><\/div>\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; flex-grow: 0; height: 12px; width: 16px; transform: translateY(-4px);\"><\/div>\n<div style=\"width: 0; height: 0; border-top: 8px solid #F4F4F4; border-left: 8px solid transparent; transform: translateY(-4px) translateX(8px);\"><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<div style=\"display: flex; flex-direction: column; flex-grow: 1; justify-content: center; margin-bottom: 24px;\">\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; border-radius: 4px; flex-grow: 0; height: 14px; margin-bottom: 6px; width: 224px;\"><\/div>\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; border-radius: 4px; flex-grow: 0; height: 14px; width: 144px;\"><\/div>\n<\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"color: #c9c8cd; font-family: Arial,sans-serif; font-size: 14px; line-height: 17px; margin-bottom: 0; margin-top: 8px; overflow: hidden; padding: 8px 0 7px; text-align: center; text-overflow: ellipsis; white-space: nowrap;\"><a style=\"color: #c9c8cd; font-family: Arial,sans-serif; font-size: 14px; font-style: normal; font-weight: normal; line-height: 17px; text-decoration: none;\" href=\"https:\/\/www.instagram.com\/p\/DbQLerQiMcF\/?utm_source=ig_embed&amp;utm_campaign=loading\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">A post shared by FORMULA 1\u00ae (@f1)<\/a><\/p>\n<\/div>\n<\/blockquote>\n<p><script async src=\"\/\/www.instagram.com\/embed.js\"><\/script><\/p>\n<p>Perlumbaan berkenaan turut melengkapkan jadual padat di Sepang, yang terlebih dahulu akan menganjurkan pusingan kedua terakhir Asia Road Racing Championship (ARRC) pada September sebelum Grand Prix Malaysia MotoGP pada penghujung Oktober.<\/p>\n<p>Walaupun perlumbaan itu menggunakan nama Bahrain, ia sebenarnya bukan kali pertama Grand Prix Formula 1 berlangsung di luar negara yang memberi namanya. Sepanjang sejarah kejuaraan dunia itu, beberapa perlumbaan pernah melalui situasi sama atas pelbagai faktor, daripada isu keselamatan hingga kekangan logistik.<\/p>\n<h2>Grand Prix Switzerland di Perancis<\/h2>\n<p>Switzerland pernah menjadi destinasi tetap Kejuaraan Dunia F1 di Litar Bremgarten sebelum negara itu mengharamkan perlumbaan litar susulan tragedi Le Mans 1955 yang mengorbankan lebih 80 penonton serta pelumba Mercedes, Pierre Levegh.<\/p>\n<p>Hampir dua dekad kemudian, perlumbaan itu dihidupkan semula, namun bukan di Switzerland. Sebaliknya, Kelab Automobil Switzerland memilih Litar Dijon-Prenois di Perancis, yang terletak berhampiran sempadan kedua-dua negara, dengan sokongan penaja Switzerland. Perlumbaan 1975 itu tidak dikira sebagai sebahagian daripada Kejuaraan Dunia F1 dan dimenangi pelumba Switzerland, Clay Regazzoni.<\/p>\n<p>Grand Prix Switzerland kembali ke dalam kalendar Kejuaraan Dunia pada 1982 selepas Grand Prix Argentina dibatalkan. Keke Rosberg meraih kemenangan sulungnya dalam F1 di Dijon-Prenois sebelum muncul juara dunia pada musim yang sama. Sehingga hari ini, perlumbaan itu kekal sebagai Grand Prix Switzerland yang terakhir.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/ttdY9S3wG8E?si=UiQ1aVaIMQQ8tEPn\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n<h2>Grand Prix San Marino di Itali<\/h2>\n<p>Republik kecil San Marino tidak pernah mempunyai litar yang mampu memenuhi syarat untuk menganjurkan perlumbaan Formula 1. Justeru, sejak diperkenalkan pada 1981, perlumbaan itu sentiasa berlangsung di Litar Imola di Itali.<\/p>\n<p>Kehadirannya membolehkan Itali mempunyai dua perlumbaan Kejuaraan Dunia F1 dalam satu musim, selain Grand Prix Itali di Monza. Imola kemudian berkembang menjadi antara litar paling ikonik dalam sejarah Formula 1 dengan Michael Schumacher, Ayrton Senna dan Alain Prost muncul antara pelumba paling berjaya di situ.<\/p>\n<p>Namun, litar itu juga dikenang sebagai lokasi tragedi pada 1994 yang meragut nyawa Roland Ratzenberger dan Senna, sekali gus mencetuskan pembaharuan besar terhadap aspek keselamatan Formula 1.<\/p>\n<p>Selepas musim 2006, Formula 1 meninggalkan Imola sebelum kembali dari 2020 hingga 2025 dengan nama baharu, Grand Prix Emilia-Romagna.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/M1EDiybhT7E?si=tLT64XhgrhEaq4r0\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n<h2>Grand Prix Luxembourg di Jerman<\/h2>\n<p>Walaupun Luxembourg pernah menganjurkan perlumbaan menggunakan namanya sendiri di Lapangan Terbang Findel antara 1949 hingga 1952, perlumbaan itu tidak pernah menjadi sebahagian daripada Kejuaraan Dunia Formula 1.<\/p>\n<p>Nama Grand Prix Luxembourg hanya kembali menghiasi kalendar dunia selepas 45 tahun, namun perlumbaannya diadakan di N\u00fcrburgring, Jerman. Keputusan itu dibuat kerana Hockenheim ketika itu sudah menjadi tuan rumah Grand Prix Jerman, manakala Jerez memegang hak penggunaan nama Grand Prix Eropah, menyebabkan N\u00fcrburgring memerlukan nama lain untuk kekal dalam kalendar. Jacques Villeneuve dan Mika H\u00e4kkinen masing-masing memenangi dua edisi perlumbaan pada 1997 dan 1998 sebelum kedua-duanya muncul juara dunia pada musim berkenaan.<\/p>\n<p>Grand Prix Luxembourg bagaimanapun hanya bertahan selama dua musim. Selepas Jerez tersingkir daripada kalendar, gelaran Grand Prix Eropah kembali tersedia dan digunakan semula di N\u00fcrburgring sehingga 2007, sekali gus menamatkan penggunaan nama Grand Prix Luxembourg.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/mxXb7hNmclE?si=RfkHPbsIwNWhrKGv\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Grand Prix Bahrain di Malaysia mungkin kedengaran janggal, namun situasi itu bukan sesuatu yang asing dalam sejarah Formula 1. Susulan pembatalan perlumbaan di Bahrain akibat konflik di Asia Barat, Litar Antarabangsa Sepang dijadual mengambil alih penganjuran perlumbaan itu pada 4 Oktober, sekali gus menyaksikan Malaysia kembali menjadi tuan rumah F1 buat kali pertama sejak 2017. &hellip; <a href=\"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/ms\/grand-prix-bahrain-dan-3-lagi-perlumbaan-f1-yang-pernah-berhijrah-dari-negara-asal\/\" class=\"more-link\">Continue reading <span class=\"screen-reader-text\">Grand Prix Bahrain dan 3 lagi perlumbaan F1 yang pernah &#8216;berhijrah&#8217; dari negara asal<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":5650,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[44,50],"tags":[979,848],"class_list":["post-5652","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-cerita-teratas","category-popular-ms","tag-formula-one-ms","tag-motorsports-ms"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5652","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5652"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5652\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5653,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5652\/revisions\/5653"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5650"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5652"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5652"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5652"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}