{"id":6526,"date":"2026-10-05T02:48:46","date_gmt":"2026-10-05T02:48:46","guid":{"rendered":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/?p=6526"},"modified":"2026-10-05T03:02:20","modified_gmt":"2026-10-05T03:02:20","slug":"5-perkara-menarik-menjelang-grand-prix-indonesia-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/ms\/5-perkara-menarik-menjelang-grand-prix-indonesia-2026\/","title":{"rendered":"5 perkara menarik menjelang Grand Prix Indonesia 2026"},"content":{"rendered":"<p>MotoGP meneruskan jelajah Asia ke Lombok untuk Grand Prix Indonesia dari 9 hingga 11 Oktober, dengan Mandalika menjadi venue perlumbaan kedua dalam dua minggu berturut-turut.<\/p>\n<p>Berikut lima fakta menarik menjelang perlumbaan di Mandalika.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/QpY_vA4-xfQ?si=g6LCfu4c0DxLxhrW\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n<h2>Marquez mahu tamatkan nasib malang di Mandalika<\/h2>\n<p>Empat kali Marc Marquez datang ke Mandalika, empat kali juga dia gagal menamatkan perlumbaan utama.<\/p>\n<p>Pada edisi sulung 2022, pelumba Sepanyol itu langsung tidak dapat memulakan perlumbaan selepas kemalangan kuat ketika sesi warm-up menyebabkan dia mengalami gegaran otak.<\/p>\n<p>Setahun kemudian, Marquez kembali bersama Repsol Honda tetapi terjatuh ketika perlumbaan. Perpindahan ke Gresini Ducati pada 2024 juga tidak mengubah nasibnya apabila masalah teknikal memaksanya berhenti selepas 11 pusingan.<\/p>\n<p>Tahun lalu lebih mengecewakan. Perlumbaannya berakhir selepas hanya enam selekoh apabila dilanggar Marco Bezzecchi. Insiden itu menyebabkan Marquez mengalami kecederaan tulang selangka kanan yang akhirnya menamatkan musimnya lebih awal.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/gDEu5pTgttM?si=TcbE7ZgRkqUtupyv\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n<h2>Sampai ke garisan penamat pun satu cabaran<\/h2>\n<p>Mandalika sering menyaksikan ramai pelumba gagal menghabiskan perlumbaan akibat kemalangan atau masalah jentera. Hanya 14 pelumba berjaya menamatkan Grand Prix pada 2023 dan 2025, manakala angka itu jatuh kepada 12 daripada 21 pelumba pada 2024.<\/p>\n<p>Edisi 2024 bermula dengan empat pelumba tersingkir dalam kemalangan pada pusingan pertama. Marquez kemudian terpaksa berhenti akibat masalah teknikal, manakala Enea Bastianini terjatuh selepas sempat mencatat pusingan terpantas. Dengan hanya 12 pelumba sampai ke penghujung perlumbaan, kesemua mereka membawa pulang mata.<\/p>\n<p>Menariknya, perlumbaan sulung pada 2022 menyaksikan paling ramai pelumba berjaya menamatkan saingan walaupun berlangsung dalam keadaan hujan. Walaupun perlumbaan tertangguh kira-kira 75 minit akibat cuaca, hanya dua pelumba gagal sampai ke garisan penamat.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/iFXpuRasbfE?si=XWXtrcH0am1F-WUv\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n<h2>Moreira satu-satunya menang dua kali di Indonesia<\/h2>\n<p>Enam Grand Prix motosikal sudah berlangsung di Indonesia menerusi Sentul dan Mandalika, tetapi hanya Diogo Moreira pernah meraih lebih daripada satu kemenangan perlumbaan utama dalam tiga kelas Grand Prix.<\/p>\n<p>Pelumba Brazil itu meraih kemenangan Grand Prix pertamanya dalam Moto3 di Mandalika pada 2023. Kejayaan tersebut turut menjadikannya pelumba Brazil pertama memenangi perlumbaan Grand Prix sejak Alex Barros menjuarai Grand Prix Portugal 2005.<\/p>\n<p>Dua tahun kemudian, Moreira kembali menang di Mandalika, kali ini dalam kelas Moto2.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/CJF_l8bW6w4?si=z6B9OWAKFJZ9quOW\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n<h2>Razgatlioglu kembali ke tempat bergelar juara dunia<\/h2>\n<p>Toprak Razgatlioglu mungkin baru pertama kali datang ke Mandalika sebagai pelumba MotoGP, tetapi litar Indonesia itu mempunyai tempat istimewa dalam kariernya.<\/p>\n<p>Mandalika menjadi lokasi Razgatlioglu meraih gelaran dunia WorldSBK pertamanya pada November 2021, beberapa bulan sebelum litar tersebut membuat penampilan dalam kalendar Grand Prix.<\/p>\n<p>Tempat kedua di belakang Jonathan Rea dalam perlumbaan pertama sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan dengan satu perlumbaan masih berbaki. Kejayaan itu menamatkan penguasaan Rea yang memenangi enam gelaran berturut-turut, selain menghadiahkan Yamaha kejuaraan pelumba WorldSBK pertama sejak Ben Spies pada 2009.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/KEhoigy_MR8?si=RJX9UmmZabH4-oa9\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n<h2>Rossi akhirnya merasa sendiri Mandalika<\/h2>\n<p>Valentino Rossi terlepas peluang berlumba dalam MotoGP di Mandalika kerana sudah bersara beberapa bulan sebelum litar itu menyertai kalendar pada Mac 2022.<\/p>\n<p>Namun pada Januari lalu, juara dunia sembilan kali itu akhirnya berpeluang menguji sendiri litar berkenaan dengan menunggang Yamaha R1 menerusi program Pertamina Enduro VR46 Riders Academy. Program tersebut turut memberi peluang kepada 10 pelumba Indonesia terpilih menjalani latihan bersama barisan pelumba akademi Rossi.<\/p>\n<p>Kunjungan itu juga menemukan semula Rossi dengan Indonesia hampir tiga dekad selepas dia beraksi dalam Grand Prix motosikal pertama negara itu di Sentul pada 1996. Rossi kembali setahun kemudian dan memenangi perlumbaan 125cc, satu daripada 11 kemenangannya dalam perjalanan meraih gelaran dunia pertama.<\/p>\n<blockquote class=\"instagram-media\" style=\"background: #FFF; border: 0; border-radius: 3px; box-shadow: 0 0 1px 0 rgba(0,0,0,0.5),0 1px 10px 0 rgba(0,0,0,0.15); margin: 1px; max-width: 540px; min-width: 326px; padding: 0; width: calc(100% - 2px);\" data-instgrm-captioned=\"\" data-instgrm-permalink=\"https:\/\/www.instagram.com\/reel\/DUIZ_41gbra\/?utm_source=ig_embed&amp;utm_campaign=loading\" data-instgrm-version=\"14\">\n<div style=\"padding: 16px;\">\n<p>&nbsp;<\/p>\n<div style=\"display: flex; flex-direction: row; align-items: center;\">\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; border-radius: 50%; flex-grow: 0; height: 40px; margin-right: 14px; width: 40px;\"><\/div>\n<div style=\"display: flex; flex-direction: column; flex-grow: 1; justify-content: center;\">\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; border-radius: 4px; flex-grow: 0; height: 14px; margin-bottom: 6px; width: 100px;\"><\/div>\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; border-radius: 4px; flex-grow: 0; height: 14px; width: 60px;\"><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<div style=\"padding: 19% 0;\"><\/div>\n<div style=\"display: block; height: 50px; margin: 0 auto 12px; width: 50px;\"><\/div>\n<div style=\"padding-top: 8px;\">\n<div style=\"color: #3897f0; font-family: Arial,sans-serif; font-size: 14px; font-style: normal; font-weight: 550; line-height: 18px;\">View this post on Instagram<\/div>\n<\/div>\n<div style=\"padding: 12.5% 0;\"><\/div>\n<div style=\"display: flex; flex-direction: row; margin-bottom: 14px; align-items: center;\">\n<div>\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; border-radius: 50%; height: 12.5px; width: 12.5px; transform: translateX(0px) translateY(7px);\"><\/div>\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; height: 12.5px; transform: rotate(-45deg) translateX(3px) translateY(1px); width: 12.5px; flex-grow: 0; margin-right: 14px; margin-left: 2px;\"><\/div>\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; border-radius: 50%; height: 12.5px; width: 12.5px; transform: translateX(9px) translateY(-18px);\"><\/div>\n<\/div>\n<div style=\"margin-left: 8px;\">\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; border-radius: 50%; flex-grow: 0; height: 20px; width: 20px;\"><\/div>\n<div style=\"width: 0; height: 0; border-top: 2px solid transparent; border-left: 6px solid #f4f4f4; border-bottom: 2px solid transparent; transform: translateX(16px) translateY(-4px) rotate(30deg);\"><\/div>\n<\/div>\n<div style=\"margin-left: auto;\">\n<div style=\"width: 0px; border-top: 8px solid #F4F4F4; border-right: 8px solid transparent; transform: translateY(16px);\"><\/div>\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; flex-grow: 0; height: 12px; width: 16px; transform: translateY(-4px);\"><\/div>\n<div style=\"width: 0; height: 0; border-top: 8px solid #F4F4F4; border-left: 8px solid transparent; transform: translateY(-4px) translateX(8px);\"><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<div style=\"display: flex; flex-direction: column; flex-grow: 1; justify-content: center; margin-bottom: 24px;\">\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; border-radius: 4px; flex-grow: 0; height: 14px; margin-bottom: 6px; width: 224px;\"><\/div>\n<div style=\"background-color: #f4f4f4; border-radius: 4px; flex-grow: 0; height: 14px; width: 144px;\"><\/div>\n<\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"color: #c9c8cd; font-family: Arial,sans-serif; font-size: 14px; line-height: 17px; margin-bottom: 0; margin-top: 8px; overflow: hidden; padding: 8px 0 7px; text-align: center; text-overflow: ellipsis; white-space: nowrap;\"><a style=\"color: #c9c8cd; font-family: Arial,sans-serif; font-size: 14px; font-style: normal; font-weight: normal; line-height: 17px; text-decoration: none;\" href=\"https:\/\/www.instagram.com\/reel\/DUIZ_41gbra\/?utm_source=ig_embed&amp;utm_campaign=loading\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">A post shared by Valentino Rossi (@valeyellow46)<\/a><\/p>\n<\/div>\n<\/blockquote>\n<p><script async src=\"\/\/www.instagram.com\/embed.js\"><\/script><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MotoGP meneruskan jelajah Asia ke Lombok untuk Grand Prix Indonesia dari 9 hingga 11 Oktober, dengan Mandalika menjadi venue perlumbaan kedua dalam dua minggu berturut-turut. Berikut lima fakta menarik menjelang perlumbaan di Mandalika. Marquez mahu tamatkan nasib malang di Mandalika Empat kali Marc Marquez datang ke Mandalika, empat kali juga dia gagal menamatkan perlumbaan utama. &hellip; <a href=\"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/ms\/5-perkara-menarik-menjelang-grand-prix-indonesia-2026\/\" class=\"more-link\">Continue reading <span class=\"screen-reader-text\">5 perkara menarik menjelang Grand Prix Indonesia 2026<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":6475,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[44],"tags":[321,848,278],"class_list":["post-6526","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-cerita-teratas","tag-motogp-ms","tag-motorsports-ms","tag-sukan-permotoran"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6526","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6526"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6526\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6528,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6526\/revisions\/6528"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6475"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6526"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6526"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6526"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}