{"id":7022,"date":"2026-11-16T04:51:08","date_gmt":"2026-11-16T04:51:08","guid":{"rendered":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/?p=7022"},"modified":"2026-11-16T05:05:12","modified_gmt":"2026-11-16T05:05:12","slug":"5-perkara-menarik-menjelang-grand-prix-portugal-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/ms\/5-perkara-menarik-menjelang-grand-prix-portugal-2026\/","title":{"rendered":"5 perkara menarik menjelang Grand Prix Portugal 2026"},"content":{"rendered":"<p>Saingan MotoGP kembali ke Portimao hujung minggu ini untuk pusingan kedua terakhir musim 2026, dengan Marc Marquez semakin hampir meraih gelaran dunia kelas utama buat kali kelapan.<\/p>\n<p>Litar Antarabangsa Algarve juga berpotensi menjadi lokasi penentuan dua lagi kejuaraan apabila Ducati mendahului kedudukan pengeluar, manakala Aprilia Racing semakin hampir mengesahkan gelaran kategori pasukan.<\/p>\n<p>Dengan kejuaraan dunia berpeluang ditentukan seawal Sabtu, jangan lepaskan aksi Grand Prix Portugal yang boleh disaksikan secara langsung menerusi SPOTV NOW.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/naV5it72CB8?si=WohLnSCzB2Zrv8KK\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n<h2>Marquez belum pernah menang di Portimao<\/h2>\n<p>Kemenangan dalam perlumbaan Sprint pada Sabtu sudah cukup untuk memastikan Marquez muncul juara dunia, namun pelumba Sepanyol itu masih belum pernah menang di Portimao.<\/p>\n<p>Pencapaian terbaiknya dalam perlumbaan utama di litar tersebut ialah tempat keenam bersama Repsol Honda pada 2022, manakala keputusan terbaiknya dalam Sprint ialah tempat kedua bersama Gresini Ducati pada 2024. Marquez sebenarnya pernah meraih kemenangan di Portugal, iaitu dalam kelas 125cc pada 2010 dan Moto2 pada 2012, tetapi kedua-duanya dicatat di Litar Estoril.<\/p>\n<p>Dia juga tidak semestinya perlu menamatkan kemarau kemenangan di Portimao untuk bergelar juara dunia. Marquez hanya memerlukan 14 mata daripada dua pusingan terakhir untuk mengesahkan kejuaraan berdasarkan jumlah kemenangan, walaupun Jorge Martin memenangi kedua-dua Sprint dan perlumbaan utama yang berbaki.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/cM8kj_KQTLk?si=6NQD_mYTXgr3z_OT\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n<h2>Negara terakhir rai kemenangan sulung di laman sendiri<\/h2>\n<p>Penampilan sulung Portimao dalam kalendar MotoGP pada 2020 menyaksikan Miguel Oliveira mencipta sejarah apabila memenangi perlumbaan penutup musim di laman sendiri.<\/p>\n<p>Pelumba Tech3 KTM ketika itu bermula dari petak utama dan mendahului perlumbaan sejak awal sebelum melintasi garisan penamat dengan kelebihan lebih tiga saat di depan Jack Miller. Kemenangan tersebut menjadikan Oliveira pelumba Portugal pertama memenangi perlumbaan Grand Prix kelas utama di negara sendiri.<\/p>\n<p>Sejak itu, tiada negara lain berjaya meraikan kemenangan pertama pelumba tempatan dalam kelas utama di laman sendiri. Brazil, Indonesia, Malaysia, Qatar dan Thailand masih antara negara yang menantikan detik bersejarah tersebut.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/B_SbV6WOX_E?si=PpPIJJ1imn1p6wcx\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n<h2>Acosta, Fernandez buru kemenangan dalam tiga kelas di Portimao<\/h2>\n<p>Pedro Acosta dan Raul Fernandez masing-masing pernah memenangi perlumbaan Moto3 dan Moto2 di Portimao. Kini, kedua-duanya hanya memerlukan satu kemenangan MotoGP untuk melengkapkan kejayaan dalam ketiga-tiga kelas di litar berkenaan.<\/p>\n<p>Fernandez memenangi perlumbaan Moto3 ketika Portimao pertama kali menjadi tuan rumah pada 2020, sebelum kembali meraih kemenangan Moto2 di litar sama pada April tahun berikutnya.<\/p>\n<p>Acosta pula memenangi perlumbaan Moto3 pada April 2021 sebelum sekali lagi muncul juara di Portimao dalam Grand Prix Algarve pada penghujung tahun tersebut, sekali gus mengesahkan gelaran dunia Moto3. Dia kemudian menambah kemenangan Moto2 di litar itu pada 2023. Setahun selepas itu, Acosta meraih podium pertamanya dalam MotoGP apabila menamatkan Grand Prix Portugal di tempat ketiga.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/hlGpvLtGCDY?si=xv4UFgto9BAujvzO\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n<h2>Gonzalez berpeluang sahkan gelaran dunia Moto2<\/h2>\n<p>Manuel Gonzalez berpeluang mengesahkan kejuaraan dunia Moto2 di Portimao sekiranya dia mengutip sekurang-kurangnya 12 mata lebih banyak daripada pencabar terdekatnya, Izan Guevara.<\/p>\n<p>Gonzalez menamatkan perlumbaan di Qatar pada kedudukan keenam, manakala Guevara gagal menamatkan perlumbaan akibat masalah mekanikal. Keputusan itu membolehkan Gonzalez melebarkan kelebihannya kepada 13.5 mata ketika musim hanya berbaki dua perlumbaan.<\/p>\n<p>Sekiranya Gonzalez menang di Portugal, Guevara perlu sekurang-kurangnya menamatkan perlumbaan di podium untuk memastikan perebutan gelaran berlanjutan hingga ke Valencia. Jika Guevara sekadar menduduki tempat keempat, dia akan ketinggalan 25.5 mata dengan hanya 25 mata maksimum masih boleh dikutip dalam perlumbaan terakhir.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/qVnAxR61bi0?si=Jibq0ZtJe6ngbG9G\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n<h2>Bola sepak x MotoGP<\/h2>\n<p>Walaupun Grand Prix Portugal berlangsung jauh di selatan Lisbon, kelab bola sepak Sporting CP sekali lagi memeriahkan acara tersebut menerusi kerjasama promosi bersama MotoGP.<\/p>\n<p>Pemain pertahanan kanan Sepanyol, Ivan Fresneda, dan pemain tengah Portugal, Joao Simoes, tampil dalam bahan promosi tahun ini.<\/p>\n<p>Ia meneruskan penglibatan kelab tersebut selepas pemain antarabangsa Uruguay, Maxi Araujo, muncul dalam video promosi Grand Prix Portugal tahun lalu.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/n-M7sA3oNZo?si=T3PSOon-2C7QDQBg\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saingan MotoGP kembali ke Portimao hujung minggu ini untuk pusingan kedua terakhir musim 2026, dengan Marc Marquez semakin hampir meraih gelaran dunia kelas utama buat kali kelapan. Litar Antarabangsa Algarve juga berpotensi menjadi lokasi penentuan dua lagi kejuaraan apabila Ducati mendahului kedudukan pengeluar, manakala Aprilia Racing semakin hampir mengesahkan gelaran kategori pasukan. Dengan kejuaraan dunia &hellip; <a href=\"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/ms\/5-perkara-menarik-menjelang-grand-prix-portugal-2026\/\" class=\"more-link\">Continue reading <span class=\"screen-reader-text\">5 perkara menarik menjelang Grand Prix Portugal 2026<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":7019,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[44],"tags":[321,848,278],"class_list":["post-7022","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-cerita-teratas","tag-motogp-ms","tag-motorsports-ms","tag-sukan-permotoran"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7022","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7022"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7022\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7023,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7022\/revisions\/7023"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7019"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7022"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7022"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7022"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}