{"id":7061,"date":"2026-11-19T04:03:10","date_gmt":"2026-11-19T04:03:10","guid":{"rendered":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/?p=7061"},"modified":"2026-11-19T04:22:54","modified_gmt":"2026-11-19T04:22:54","slug":"imbas-kembali-musim-motogp-2013-ketika-gta-v-dilancarkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/ms\/imbas-kembali-musim-motogp-2013-ketika-gta-v-dilancarkan\/","title":{"rendered":"Imbas kembali musim MotoGP 2013 ketika GTA V dilancarkan"},"content":{"rendered":"<p><em>Grand Theft Auto VI<\/em> (<em>GTA VI<\/em>) bakal dilancarkan pada Khamis ini, lebih 13 tahun selepas permainan terdahulunya muncul ketika perebutan kejuaraan dunia MotoGP antara pelumba baharu Marc Marquez dan juara bertahan Jorge Lorenzo sedang berlangsung sengit.<\/p>\n<p><em>GTA V<\/em> mula dijual untuk konsol PlayStation 3 dan Xbox 360 pada 17 September 2013, dua hari selepas Lorenzo memenangi Grand Prix San Marino di Misano dengan menewaskan Marquez dan Dani Pedrosa.<\/p>\n<p>Keputusan tempat kedua itu menyaksikan Marquez mengumpul 253 mata, manakala Lorenzo dan Pedrosa terikat dengan 219 mata ketika musim masih berbaki lima pusingan.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/7bbTf3pKD2I?si=cLuL6uVJSiX-ThZA\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n<p>Lorenzo ketika itu memburu gelaran dunia kelas utama ketiganya bersama Yamaha, dengan Valentino Rossi kembali menjadi rakan sepasukannya selepas dua musim bersama Ducati.<\/p>\n<p>Marquez pula baru menyertai Repsol Honda bagi menggantikan Casey Stoner yang bersara.<\/p>\n<p>Hanya dalam perlumbaan keduanya, Marquez mencipta sejarah sebagai pemenang Grand Prix kelas utama termuda apabila muncul juara di Austin.<\/p>\n<p>Pelumba berusia 20 tahun itu kemudian mencatat empat kemenangan berturut-turut di Sachsenring, Laguna Seca, Indianapolis dan Brno untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu kejuaraan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Lorenzo kembali memberi saingan sengit dalam beberapa pusingan terakhir.<\/p>\n<p>Di Phillip Island, kebimbangan terhadap ketahanan tayar menyebabkan pelumba diwajibkan menukar motosikal pada pusingan kesembilan atau ke-10.<\/p>\n<p>Namun, Marquez terus berada di litar sehingga tamat pusingan ke-11, menyebabkan dia dibatalkan penyertaan daripada perlumbaan tersebut.<\/p>\n<p>Lorenzo mengambil kesempatan dengan meraih kemenangan untuk merapatkan jurang kepada 18 mata, sebelum sekali lagi muncul juara di Jepun.<\/p>\n<p>Keputusan itu menyaksikan Marquez hanya memiliki kelebihan 13 mata menjelang perlumbaan terakhir di Valencia.<\/p>\n<p>Lorenzo meneruskan rentak kemenangannya di Valencia, tetapi Marquez berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang Pedrosa.<\/p>\n<p>Keputusan tersebut sudah cukup untuk memastikan Marquez meraih gelaran dunia dengan 334 mata, hanya empat mata mengatasi Lorenzo yang mengumpul 330 mata.<\/p>\n<p>Walaupun mencatat enam kemenangan berbanding lapan milik Lorenzo, Marquez muncul juara dunia kelas utama termuda pada usia 20 tahun 266 hari.<\/p>\n<p>Dia juga menjadi \u2018rookie\u2019 pertama memenangi kejuaraan dunia kelas utama sejak Kenny Roberts melakukannya pada 1978.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/WSBFdBlD0as?si=wl7DvrUPgjaXMKsg\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n<p>Kini, lebih 13 tahun kemudian, Marquez sekali lagi menjadi tumpuan dalam perebutan kejuaraan dunia MotoGP, tetapi banyak perkara sudah berubah.<\/p>\n<p>Marquez kini mewakili pasukan utama Ducati, manakala Lorenzo, Pedrosa dan Rossi sudah bersara daripada perlumbaan sepenuh masa.<\/p>\n<p>Pencabar utamanya musim ini pula ialah dua pelumba Aprilia, Jorge Martin dan Marco Bezzecchi.<\/p>\n<p>Format kejuaraan juga sudah berubah dengan pengenalan perlumbaan Sprint pada Sabtu, yang memberi peluang tambahan kepada pelumba untuk mengutip mata selain perlumbaan utama Grand Prix pada Ahad.<\/p>\n<p>Marquez bakal menghadapi Grand Prix Portugal hujung minggu ini dengan kelebihan 60 mata di depan Martin, sekali gus berpeluang menyamai rekod Giacomo Agostini dengan lapan gelaran dunia kelas utama.<\/p>\n<p>Kemenangan dalam perlumbaan Sprint pada Sabtu akan memastikan Marquez muncul juara dunia.<\/p>\n<p>Dia juga boleh mengesahkan gelaran tersebut dengan mengutip sekurang-kurangnya 14 mata daripada dua pusingan terakhir di Portugal dan Valencia.<\/p>\n<p>Saksikan Grand Prix Portugal secara langsung menerusi SPOTV NOW.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" title=\"YouTube video player\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/MSc0lHOCz6U?si=oSGzwAst5yQyaByz\" width=\"560\" height=\"315\" frameborder=\"0\" allowfullscreen=\"allowfullscreen\"><\/iframe><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Grand Theft Auto VI (GTA VI) bakal dilancarkan pada Khamis ini, lebih 13 tahun selepas permainan terdahulunya muncul ketika perebutan kejuaraan dunia MotoGP antara pelumba baharu Marc Marquez dan juara bertahan Jorge Lorenzo sedang berlangsung sengit. GTA V mula dijual untuk konsol PlayStation 3 dan Xbox 360 pada 17 September 2013, dua hari selepas Lorenzo &hellip; <a href=\"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/ms\/imbas-kembali-musim-motogp-2013-ketika-gta-v-dilancarkan\/\" class=\"more-link\">Continue reading <span class=\"screen-reader-text\">Imbas kembali musim MotoGP 2013 ketika GTA V dilancarkan<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":7057,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[44,50],"tags":[321,848,278],"class_list":["post-7061","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-cerita-teratas","category-popular-ms","tag-motogp-ms","tag-motorsports-ms","tag-sukan-permotoran"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7061","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7061"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7061\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7063,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7061\/revisions\/7063"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7057"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7061"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7061"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.spotvnow.com\/read\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7061"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}