Sinner atasi Alcaraz untuk juarai ATP Finals

Jannik Sinner sekali lagi muncul juara ATP Finals.

Jannik Sinner mengekalkan kejuaraan ATP Finals selepas menewaskan pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz, 7-6(4), 7-5 di Turin, Itali pada Ahad.

Kemenangan itu menjadikan pemain berusia 24 tahun tersebut sebagai juara paling muda mempertahankan gelaran sejak Roger Federer pada 2004.

Lebih mengagumkan, Sinner melengkapkan kejohanan itu tanpa tewas satu set pun buat tahun kedua berturut-turut, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pemain terbaik gelanggang tertutup.

Alcaraz menerima kekalahan dengan hati terbuka.

“Saya benar-benar gembira dengan tahap permainan saya hari ini. Tapi saya bermain menentang seseorang yang tidak pernah kalah di gelanggang tertutup dalam tempoh dua tahun,” katanya.

“Itu menunjukkan betapa hebatnya anda sebagai pemain. Anda dan pasukan anda sentiasa bekerja keras. Memang layak menang.”

Sinner membalas penghargaan itu sambil mengucapkan tahniah kepada pemain Sepanyol tersebut kerana mengakhiri musim sebagai pemain nombor satu dunia.

“Carlos, anda melalui musim yang luar biasa. Saya tahu ia menuntut kerja keras dan anda telah mencipta banyak memori hebat dalam karier anda.

“Anda benar-benar layak berada di ranking nombor satu. Jika bukan saya, saya sentiasa memilih anda. Anda adalah antara pemain yang saya jadikan inspirasi,” kata bintang Itali itu.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW