PopularEditor's Pick
Latest Articles
Rays bawa rekod cemerlang menentang Guardians ke ALCS
Tampa Bay Rays bakal berdepan Cleveland Guardians dalam American League Championship Series (ALCS) selepas kedua-dua pasukan mengesahkan kemaraan dalam playoff MLB. Guardians terpaksa mengharungi lima perlawanan menentang Chicago White Sox sebelum menang 2-0 dalam aksi penentuan pada Sabtu, sekali gus melengkapkan kebangkitan selepas ketinggalan 0-2 dalam siri tersebut. Rays pula tidak berdepan banyak masalah untuk … Continue reading Rays bawa rekod cemerlang menentang Guardians ke ALCS
1 hari lalu
Brewers buru dendam ke atas Dodgers dalam NLCS
Milwaukee Brewers mempunyai rekod lebih baik menentang Los Angeles Dodgers musim ini, tetapi masih perlu membuktikan kemampuan mereka apabila kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi dalam National League Championship Series (NLCS). Kedua-dua pasukan kembali ke NLCS buat tahun kedua berturut-turut selepas masing-masing menang 3-1 dalam Division Series. Milwaukee menyingkirkan San Diego Padres, manakala Los Angeles mengatasi … Continue reading Brewers buru dendam ke atas Dodgers dalam NLCS
4 hari lalu
Yankees singkir Red Sox buat tahun kedua berturut-turut
New York Yankees sekali lagi menamatkan cabaran Boston Red Sox dalam Wild Card Series selepas menang 9-2 pada Rabu untuk mara ke pusingan seterusnya playoff MLB. Kemenangan itu menyaksikan Yankees menyingkirkan seteru tradisi mereka di peringkat sama buat tahun kedua berturut-turut. Musim lalu, New York terpaksa bangkit selepas tewas dalam perlawanan pertama sebelum memenangi dua … Continue reading Yankees singkir Red Sox buat tahun kedua berturut-turut
2 minggu lalu
Kenali 12 pasukan yang layak ke playoff MLB 2026
Musim regular MLB 2026 sudah melabuhkan tirai dan 12 pasukan kini meneruskan perjuangan memburu tempat ke World Series. Enam pasukan masing-masing layak dari American League (AL) dan National League (NL). Dua juara divisyen terbaik dalam setiap liga mendapat laluan terus ke Division Series, manakala lapan pasukan lain perlu mengharungi Wild Card Series. Berikut 12 pasukan … Continue reading Kenali 12 pasukan yang layak ke playoff MLB 2026
2 minggu lalu
Godzilla gegarkan Dodger Stadium
Dodger Stadium bertukar wajah pada aksi terakhir Los Angeles Dodgers di laman sendiri dalam musim regular apabila watak ikonik Jepun, Godzilla menjadi tarikan utama sempena Godzilla Minus Zero Night. Acara khas itu berlangsung ketika Dodgers bertemu San Diego Padres pada Khamis sebagai sebahagian promosi menjelang tayangan filem terbaharu francais Godzilla. Turut hadir ialah Ryunosuke Kamiki, … Continue reading Godzilla gegarkan Dodger Stadium
2 minggu lalu












