Lima perkara menarik anda perlu tahu tentang Formula E musim 2025/26

Kejuaraan Dunia Formula E kembali untuk musim ke-12 apabila tirai saingan dibuka pada 6 Disember di Sao Paulo, Brazil. Menjelang aksi yang bakal disiarkan secara langsung di SPOTV NOW, berikut lima perkara menarik yang perlu anda tahu mengenai siri perlumbaan elektrik ini.

17 perlumbaan di 11 litar

Formula E memasuki musim paling mendebarkan dalam sejarahnya, dengan 17 perlumbaan merentasi 10 negara dan 11 litar. Penambahan terbesar tahun ini ialah Madrid ePrix, yang bakal membuat penampilan sulung selepas menjadi lokasi ujian pramusim.

China turut mencuri tumpuan dengan Sanya ePrix kembali buat kali pertama sejak 2019, selain dua perlumbaan berturut-turut di Shanghai.

Manakala, Jakarta ePrix digugurkan daripada kalendar selepas penganjuran pada 2022, 2023 dan 2025.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)

Musim terakhir era GEN3 Evo

Musim ke-12 menandakan kali terakhir penggunaan jentera GEN3 Evo, sebelum generasi baharu GEN4 diperkenalkan pada musim 2026/27.

Ini menjadi peluang terakhir buat pengeluar seperti Nissan, Jaguar, Porsche, Mahindra dan lain-lain untuk memaksimumkan prestasi pakej sedia ada sebelum perubahan teknologi besar-besaran musim depan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Formula E (@fiaformulae)

McLaren dan Maserati berundur, Citroën sertai grid

Dua jenama terkenal tidak lagi menyertai musim ini, iaitu McLaren dan Maserati, selepas penstrukturan portfolio sukan permotoran masing-masing.

Mengisi kekosongan tersebut ialah Citroën, jenama Stellantis terbaharu yang menyertai Formula E. Mereka menunjukkan cita-cita besar sejak awal dengan menandatangani dua kali juara Jean-Eric Vergne serta pelumba berpengalaman, Nick Cassidy.

Debut penuh musim untuk Drugovich

Perlumbaan pembukaan di Sao Paulo memberi penyokong tuan rumah tambahan sebab untuk bersorak apabila juara Formula 2 2022, Felipe Drugovich, memulakan musim penuh pertamanya bersama Andretti, bergandingan dengan bekas juara dunia Jake Dennis.

Kehadiran pelumba kelahiran Brazil itu dijangka menambah elemen lebih menarik dalam grid yang sudah pun dibarisi nama besar seperti Oliver Rowland, Pascal Wehrlein, Nyck de Vries dan Antonio Felix da Costa.

Turut membuat debut penuh musim ialah Pepe Marti bersama Cupra Kiro dan Joel Eriksson yang mewakili Envision Racing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)

Mahindra beri amaran awal

Ujian pramusim di Valencia memberi kejutan apabila Mahindra Racing muncul sebagai pasukan terpantas minggu tersebut, dengan Edoardo Mortara mencatat masa keseluruhan terbaik di Litar Ricardo Tormo. Juara bertahan, Oliver Rowland pula berada di tempat kedua untuk Nissan.

Peningkatan prestasi Mahindra ini memberi isyarat bahawa mereka mungkin kembali mencabar selepas kali terakhir memenangi perlumbaan pada London ePrix 2021.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW