Richard Chin bakal berdepan juara bertahan Aberdeen dalam Piala Scotland

Pertembungan menarik menanti Richard Chin dan Raith Rovers dalam pusingan keempat Piala Scotland selepas undian menemukan mereka dengan juara bertahan Aberdeen.

The Rovers, yang menewaskan Alloa Athletic dalam pusingan sebelumnya, dijadualkan berkunjung ke Stadium Pittodrie pada 17 atau 18 Januari.

Chin, yang diketepikan sejak Oktober akibat kecederaan lutut, berpeluang kembali beraksi tepat pada masanya untuk pertemuan dengan skuad kendalian Jimmy Thelin itu.

Menariknya, pusingan keempat turut menyajikan tiga pertembungan sesama pasukan Premiership: Hearts menentang Falkirk, Kilmarnock berdepan Dundee dan Livingston bertemu St. Mirren.

Sementara itu, Celtic akan berkunjung ke kelab divisyen keenam Auchinleck Talbot, manakala Rangers menerima kunjungan Annan Athletic di Ibrox.

Selain itu, Hibernian akan bertandang ke Dunfermline, Dundee United akan melayan Ayr United, dan Motherwell akan menentang Ross County di Fir Park.

Aberdeen menjulang Piala Scotland selepas menewaskan Celtic melalui penentuan penalti dalam final 2025.

Kejayaan itu merupakan piala pertama mereka sejak memenangi Piala Liga Scotland pada 2014, dan kemenangan Piala Scotland pertama sejak musim 1989-90.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW