El Hadji Diouf dan bekas bintang Scottish Premiership yang pernah beraksi di Asia Tenggara

Scottish Premiership kini boleh ditonton di platform SPOTV NOW di beberapa negara terpilih termasuk Indonesia dan Singapura!

Sempena ini, kita mengimbas kembali kisah beberapa bekas bintang liga tersebut yang pernah beraksi di rantau Asia Tenggara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)

Melvin de Leeuw

Selepas bermain untuk Ross County pada musim 2013/14, pemain Belanda itu memulakan pengembaraan panjang di Asia Tenggara yang menjangkau hampir sedekad bersama enam buah kelab berbeza. Destinasi pertama beliau adalah di Thailand bersama Army United dan Khon Kaen United sebelum berhijrah ke Laos untuk menyertai juara liga, Lanexang United.

De Leeuw kemudian kembali ke Thailand untuk beraksi bersama Lampang FC, Sukhothai FC dan Chiangmai United. Pengembaraannya di Asia Tenggara berakhir pada 2023 apabila beliau pulang ke Belanda, sekali gus menutup antara kerjaya pasca-Scotland paling panjang di rantau ini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by M de Leeuw (@mdeleeuw88)

Morgaro Gomis

Bekas pemain Senegal ini unik kerana pernah berkelana dari Premiership ke Malaysia dua kali. Selepas mewakili Dundee United, Hearts dan Motherwell, Gomis menyertai Kelantan, di mana beliau menjadi tonggak utama pasukan sepanjang tiga musim.

Beliau kembali ke Scotland pada 2018 sebelum membuat kemunculan semula yang mengejutkan di Kota Bharu pada 2023 bersama Kelantan United.

Dalam senarai pencapaiannya di Scotland, Gomis memenangi Piala Scotland 2010 bersama Dundee United serta Scottish Championship 2014/15 bersama Hearts, yang menyaksikan kelab itu kembali ke liga perdana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KUFC (@kelantan_unitedfc)

El Hadji Diouf

Bintang Piala Dunia 2002 ini tidak terus berhijrah ke Asia Tenggara dari Scotland. Penyerang Senegal yang penuh kontroversi tetapi sangat berbakat itu beraksi bersama Rangers pada musim 2010/11, membantu kelab itu meraih gelaran liga dan Piala Liga Scotland.

Selepas tempoh bersama Doncaster Rovers dan Leeds United di England, bekas pemain Liverpool ini menyertai Sabah dalam Liga Perdana Malaysia pada 2014. Penglibatannya bersama Sang Badak menjadi bab terakhir dalam kerjaya profesionalnya sebelum persaraan beliau.

Ricky Waddell

Pemain kelahiran Scotland ini menghabiskan hampir keseluruhan kerjayanya di tanah air sendiri, termasuk dua musim bersama pasukan yang ketika itu beraksi di liga utama, Partick Thistle. Namun pada 2006, beliau keluar dari zon selesanya dengan berhijrah ke Singapura untuk menyertai Hougang United, yang ketika itu dikenali sebagai Sengkang Punggol.

*BONUS* Jermaine Pennant

Bekas pemain sayap Arsenal dan Birmingham City ini hampir melengkapkan perjalanan dalam arah yang bertentangan. Selepas beraksi bersama kelab Singapura, Tampines Rovers pada 2016, Pennant menjalani sesi percubaan bersama Hibernian. Namun, perpindahan itu tidak dimuktamadkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Junpiter Futbol (@junpiterfutbol)

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW