Bezzecchi bawa obor Olimpik Milano Cortina

(Sumber gambar: Dorna)

Marco Bezzecchi antara tokoh sukan terkemuka yang diberi penghormatan sebagai pembawa obor Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026.

Pelumba Aprilia Racing berusia 27 tahun itu, yang menamatkan musim MotoGP 2025 di tempat ketiga keseluruhan, terlibat dalam peringkat ke-29 larian obor Olimpik dan diberi penghormatan menyalakan kawah api di Piazza Malatesta, Rimini pada Isnin.

Api Olimpik tiba di Rom dari Olympia, Greece pada 4 Disember, sebelum larian obor dimulakan dua hari kemudian.

Larian obor bagi salah satu temasya sukan terbesar 2026 ini akan merentasi kira-kira 12,000 kilometer, melibatkan 20 daerah dan 110 wilayah di seluruh Itali, sebelum berakhir di Stadium San Siro sempena upacara pembukaan pada 6 Februari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)

Selain Bezzecchi, tokoh permotoran Itali lain yang terlibat di peringkat terdahulu termasuk Max Biaggi, Danilo Petrucci serta Tony Cairoli.

Giacomo Agostini dan Francesco Bagnaia turut dijadualkan menyertai larian obor itu dalam masa terdekat.

Beberapa tokoh terkenal lain turut dinamakan sebagai pembawa obor termasuk pemenang Piala Dunia FIFA 2006 Fabio Cannavaro, naib juara Wimbledon 2021 Matteo Berrettini, bekas pelumba F1 Antonio Giovinazzi serta pelakon terkenal Jackie Chan.

 

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW