Juara dunia bertahan, Marc Marquez, mencatat penanda aras awal pada Ujian Sepang MotoGP 2026 apabila muncul pelumba terpantas pada hari pertama.
Pelumba Ducati itu merekodkan masa terbaik 1:57.018 di Litar Antarabangsa Sepang, menamatkan hari dengan kelebihan 0.256 saat mengatasi pencabar terdekat, Fabio Di Giannantonio.
Prestasi tersebut sekaligus menepis sepenuhnya keraguan mengenai kecederaan bahu yang dialaminya ketika Grand Prix Indonesia di Mandalika musim lalu.
Ketika ditemu bual oleh SPOTV selepas sesi berakhir, Marquez menyamakan proses pemulihannya seperti melihat cahaya di hujung terowong.
“Keadaannya sangat gelap sebelum ini dan kini cahaya itu sudah kelihatan,” katanya.
“Memang benar saya masih perlu terus berusaha memulihkannya, tetapi Ujian Sepang ini sangat membantu kerana cara terbaik untuk terus menguatkan diri adalah dengan menunggang motosikal.”
Day 1 done with the returning @marcmarquez93 already marking his spot in P1 🏁
After The Flag is LIVE NOW on https://t.co/04MSCyuoC7 for the Day 1 recap of the #SepangTest ⏱️ pic.twitter.com/X0XKupPJ4N
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) February 3, 2026
Ketika pelumba lain masih menyesuaikan diri dengan jentera 2026, ia bukan hari yang baik buat Fabio Quartararo apabila pelumba Perancis itu terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan jari patah.
Kecederaan tersebut memaksanya menarik diri daripada baki Ujian Sepang.
View this post on Instagram



