Pemain golf Filipina, Miguel Tabuena, melakar sejarah pada Rabu apabila menjadi pemain Filipina pertama beraksi dalam LIV Golf League, selepas membuat penampilan sulung pada pembukaan musim 2026 di LIV Golf Riyadh, Arab Saudi.
Pemain berusia 31 tahun itu mencatat satu bawah par 71 pada pusingan pertama sambil mewakili 4Aces GC, sekali gus menamatkan hari pertama di kedudukan ke-35 dan ketinggalan enam pukulan di belakang pendahulu bersama, Thomas Detry dan Peter Uihlein.
Pada asalnya disenaraikan sebagai pemain simpanan, Tabuena menerima panggilan saat akhir untuk menyertai pasukan kendalian Dustin Johnson susulan penarikan diri Patrick Reed.
Miguel Tabuena from the Philippines is confirmed to be replacing Patrick Reed on Dustin Johnson’s 4Aces GC as a reserve for the opening event of the LIV Golf League season in Riyadh.
Miguel finished 3rd in The International Series Rankings after winning in front of his home… https://t.co/EFlefK8zAV pic.twitter.com/ECszXmw3iu
— Flushing It (@flushingitgolf) February 3, 2026
Demi memastikan kehadirannya di Riyadh, beliau terpaksa melepaskan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri pada Kejohanan Golf Filipina sulung yang berlangsung pada minggu sama.
Menerusi Instagram sebelum kejohanan bermula, Tabuena menyatakan penghargaan atas peluang yang diterimanya.
“Saya amat bersyukur menerima panggilan daripada LIV Golf untuk menjadi pemain simpanan bagi beberapa kejohanan musim 2026,” tulisnya.
“Saya menghargai peluang untuk berada di LIV Golf Riyadh, dan di mana sahaja musim ini membawa saya.”
Tabuena akan meneruskan penampilan sulungnya dalam LIV Golf pada Khamis, apabila dijadual bertemu Danny Lee dan Cameron Tringale pada pusingan kedua, secara langsung di SPOTV NOW.
View this post on Instagram



