Dunia sukan Amerika sudah lama sinonim dengan kerjasama komersial, apabila jenama dan syarikat besar mengaitkan nama mereka dengan acara-acara utama. NASCAR juga tidak terkecuali, dengan hak penamaan perlumbaan menjadi tunjang utama penajaan sejak sekian lama — kebiasaannya melibatkan jenama permotoran atau industri berat.
Namun, NASCAR juga mengambil pendekatan lebih kreatif dan membuka ruang kepada dunia budaya pop moden. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa perlumbaan NASCAR pernah tampil dengan nama dan identiti watak hiburan terkenal, menjadikan kalendar perlumbaan lebih menarik dan meriah.
Menjelang musim NASCAR 2026 yang akan disiarkan secara langsung di SPOTV NOW, berikut adalah antara detik paling diingati apabila Batman, SpongeBob SquarePants dan Teenage Mutant Ninja Turtles turun ke litar dan berkongsi pentas dengan deruman enjin V8.
View this post on Instagram
Chevrolet Monte Carlo 400 with the Looney Tunes (2001 & 2002)
Pada awal 2000-an, watak Looney Tunes seperti Bugs Bunny dan Daffy Duck menghiasi penjenamaan dan promosi perlumbaan NASCAR Winston Cup Series di Richmond International Raceway. Walaupun visual perlumbaan sarat dengan elemen kartun, persaingan di litar kekal sengit. Ricky Rudd muncul juara pada 2001, manakala Matt Kenseth memenangi edisi 2002.
Batman Begins 400 (2005)
Apabila siri filem Batman bangkit semula menerusi Batman Begins, NASCAR menjadi antara medium promosinya. Di luar litar, Michigan International Speedway dipenuhi penjenamaan filem tersebut dan aktiviti berkaitan, manakala di atas litar, mendiang Greg Biffle mempamerkan aksi dominan untuk meraih kemenangan.
Forgotten NASCAR lore: In 1998 The Joker and his henchmen tried to take over Charlotte Motor Speedway prior to the start of a Cup race, so Batman had to show up in the Batmobile and defeat him after a car chase through the quad oval.
Somehow we don’t talk about this. pic.twitter.com/hT7RVBP16v
— Steven Taranto (@STaranto92) November 5, 2025
SpongeBob SquarePants 400 (2015)
Antara perlumbaan NASCAR paling mencuri perhatian dari segi visual ialah SpongeBob SquarePants 400. Dengan watak ikonik Nickelodeon itu sebagai wajah utama, Kansas Speedway tampil dengan warna ceria dan elemen kartun yang jelas. Juara tujuh kali Cup Series, Jimmie Johnson, muncul pemenang dan menambah satu lagi piala dalam karier gemilangnya.
The @SpongeBob trophy! #SB400 pic.twitter.com/RWaGxi07S6
— NASCAR (@NASCAR) May 10, 2015
Teenage Mutant Ninja Turtles 400 (2016)
Chicagoland Speedway menjadi medan ‘crossover’ ini pada 2016 apabila Teenage Mutant Ninja Turtles mengambil alih penjenamaan perlumbaan. Walaupun tumpuan promosi diberikan kepada Leonardo, Michelangelo, Donatello dan Raphael, Martin Truex Jr. menjadi watak utama di litar. Kemenangan itu menandakan musim pertama beliau meraih lebih daripada satu kemenangan dalam satu musim NASCAR.
View this post on Instagram
Tales of the Turtles 400 (2017)
Setahun kemudian, kerjasama bersama TMNT diteruskan di Chicagoland Speedway. Martin Truex Jr. sekali lagi mendominasi perlumbaan untuk meraih kemenangan kedua berturut-turut di litar tersebut. Ia merupakan satu kejayaan penting yang membantu beliau menjuarai NASCAR Cup Series 2017.
We like Turtles.
Happy Hero in a Half Shell Day. #WorldTurtleDay 🐢🐢🐢🐢 pic.twitter.com/V4VmnEeSg5
— Chicagoland Speedway (@ChicagolndSpdwy) May 23, 2018
Bonus: The SpongeBob SquarePants Movie 300 (2004)
Sebelum muncul dalam NASCAR Cup Series, SpongeBob terlebih dahulu menjejakkan kaki ke NASCAR Busch Series menerusi perlumbaan di Charlotte Motor Speedway bagi mempromosikan filem The SpongeBob SquarePants Movie pada 2004. Jimmie Johnson dan Kyle Busch tampil dengan livery khas bertemakan SpongeBob, namun kedua-duanya terpaksa akur di belakang pemenang perlumbaan, Mike Bliss.
Did you know that Mike Bliss won his first Busch Cup win at The Spongebob Squarepants Movie 300 at Lowe’s Motor Speedway in 2004
The race-winning trophy was Neptune’s Crown 👑 pic.twitter.com/99834FyghF
— Ty Jäger (@TheTyJager) March 25, 2023



