Tahun 2026 menjanjikan pesta bola sepak yang jarang dapat disaksikan dalam satu kalendar. Dari pentas Piala Dunia edisi terbesar dalam sejarah, hinggalah kejohanan futsal, wanita, belia dan serantau yang silih berganti sepanjang tahun, peminat bakal disajikan dengan aksi bertaraf dunia tanpa henti.
Dengan kejohanan utama berlangsung hampir setiap bulan, sukar untuk menafikan bahawa 2026 berpotensi muncul sebagai tahun paling meriah dalam sejarah bola sepak moden. Inilah antara kejohanan utama yang bakal mencorakkan tahun tersebut.
Piala Asia AFC B-23
6-24 Januari
Arab Saudi bakal menjadi pentas kepada generasi masa depan bola sepak Asia. Pada ketika kebanyakan negara sedang membina semula pasukan menjelang Piala Asia 2027, kejohanan ini akan menjadi ukuran sebenar kekuatan generasi baharu. Dengan Asia Barat dan Timur semakin agresif dalam pembangunan akar umbi dan belia, saingan dijangka lebih sengit berbanding sebelum ini.
View this post on Instagram
Kejohanan Futsal UEFA
21 Januari-7 Februari
Buat pertama kali dalam sejarah, futsal Eropah diraikan merentasi tiga negara: Latvia, Lithuania dan Slovenia. Kejohanan ini juga menandakan kemunculan rantau Baltik sebagai pentas baharu futsal Eropah, selari dengan usaha UEFA mengembangkan sukan ini di negara futsal membangun.
View this post on Instagram
Piala Asia Futsal AFC
27 Januari-7 Februari
Indonesia bakal menjadi tumpuan apabila menerima kehadiran gergasi futsal Asia. Iran dan Jepun masih menjadi penanda aras, namun 2026 mungkin menjadi titik perubahan jika negara seperti Uzbekistan, Thailand, Vietnam atau tuan rumah sendiri mampu memecahkan monopoli dua kuasa tersebut.
View this post on Instagram
Piala Asia Wanita AFC
1-21 Mac
Australia menjadi tuan rumah kejohanan wanita paling berprestij di Asia, menghimpunkan pasukan seperti China, Jepun dan Korea Utara. Edisi ini turut mencipta sejarah dengan kemunculan pertama Bangladesh, simbol perkembangan bola sepak wanita di rantau Asia Selatan.
View this post on Instagram
Finalissima
27 Mac
Argentina selaku juara Copa America bakal berdepan juara Eropah, Sepanyol, dalam pertembungan antara dua kuasa besar bola sepak dunia. Perlawanan ini bukan sekadar perebutan piala, tetapi gambaran awal keseimbangan kuasa dunia menjelang Piala Dunia.
Piala Dunia FIFA
11 Jun-19 Julai
Edisi 2026 menandakan permulaan era baharu Piala Dunia dengan penyertaan 48 pasukan buat kali pertama. Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico akan menjadi saksi kepada 104 perlawanan dalam format baharu yang memberi ruang kepada lebih negara untuk menonjol di pentas dunia.
View this post on Instagram
Kejohanan ASEAN
24 Julai-26 Ogos
Saingan Asia Tenggara kini memasuki fasa peralihan. Vietnam sedang membina era baharu, Indonesia diperkuat gelombang pemain warisan Eropah, sementara Thailand mahu memperolehi semula dominasi. Edisi 2026 berpotensi menjadi cerminan sebenar sejauh mana bola sepak ASEAN telah berkembang.
Piala Dunia Wanita B-20 FIFA
5-27 September
Poland melakar sejarah sebagai negara Eropah Tengah pertama menjadi tuan rumah kejohanan yang sebelum ini melahirkan bintang global seperti Alex Morgan, Asisat Oshoala dan Ada Hegerberg.
View this post on Instagram
Piala Dunia B-17 Lelaki & Wanita
Oktober & November
Kejohanan bola sepak remaja lelaki dan wanita ini kembali ke Qatar dan Maghribi untuk tahun kedua berturut-turut, selari dengan format tahunan baharu yang diperkenalkan FIFA bagi memberi lebih peluang kepada negara-negara di seluruh benua. Selepas edisi 2025 menyaksikan Portugal meraih gelaran sulung acara lelaki dan Korea Utara mempertahankan kejuaraan wanita, tumpuan kini beralih kepada gelombang bintang baharu yang bakal muncul pada 2026.
View this post on Instagram
Bola sepak di Sukan Asia
19 September-4 Oktober
Di Aichi-Nagoya, bola sepak sekali lagi menjadi acara tumpuan. Korea Selatan memburu kesinambungan dominasi dalam acara lelaki B-23, manakala Jepun berpeluang mencipta sejarah dengan emas keempat dalam acara wanita.



