Piala Hexagon bakal kembali memeriahkan Madrid lewat bulan ini, dengan kejohanan berpasukan yang semakin mencuri perhatian dunia itu sekali lagi menghimpunkan barisan pemain padel terbaik serta pemilik pasukan berprofil tinggi dari arena sukan dan hiburan.
Dijadual berlangsung dari 28 Januari hingga 1 Februari di ibu negara Sepanyol dan disiarkan secara langsung di SPOTV NOW, Piala Hexagon kini pantas muncul sebagai antara acara paling berprestij dalam kalendar padel sejak diperkenalkan pada 2023.
View this post on Instagram
Gabungan format berpasukan yang unik, pemilikan selebriti dan kehadiran pemain bertaraf dunia telah mengangkat kejohanan ini ke pentas antarabangsa dalam tempoh singkat.
Juara bertahan, Krü Padel, yang dimiliki bekas bintang Manchester City dan Barcelona, Sergio Aguero, kembali ke kejohanan ini dengan status pasukan pilihan selepas menewaskan Rafa Nadal Academy di final edisi lalu.
Persaingan dijangka sengit sekali lagi dengan kehadiran beberapa pasukan berwibawa, termasuk AD/Vantage Team, yang menamatkan kejohanan terakhir di tempat ketiga selepas bergelar juara pada 2024.
Menjelang edisi terbaharu Piala Hexagon ini, berikut adalah gambaran pasukan dan pemain yang telah disahkan akan beraksi di Madrid.
| Pasukan | Pemilik | Pemain Bintang | Pemain Draf | Pemain Next Gen |
|---|---|---|---|---|
| AD/Vantage Team | Andy Murray & Anthony Joshua | Martin Di Nenno & Delfi Brea | Juan Tello & Martina Calvo | Jose Jimenez & Manu Castano |
| Team Bella Puerto Rico | Maria Esteve & Carlos Lopez-Lay | Arturo Coello & Bea Gonzales | Coki Nieto & Bea Caldera | Juani Rubini & Aimar Goni |
| Eleven Eleven | Eva Longoria & Dani Homedes | Javi Garrido & Paula Josemaria | Tino Libaak & Alejandra Alonso | Curro Cabeza & Guille Collado |
| Krü Padel | Sergio Aguero & Gabriel Perez Krieb | Fede Chingotto & Sofia Araujo | Momo Gonzalez & Claudia Jensen | Andres F. Lancha & Alejandro Jerez |
| Rafa Nadal Academy | Maribel Nadal | Pablo Cardona & Marta Ortega | Franco Stupaczuk & Gemma Triay | Enzo Jensen & Ramiro Valenzuela |
| RL9 Team | Robert Lewandowski | Agustin Tapia & Andrea Ustero | Jon Sanz & Ari Sanchez | Diego Garcia & Daniel Santigosa |
| 10 Padel | Loic Fery & Pierre Gasly | Mike Yanguas & Claudia Fernandez | Javi Leal & Tamara Icardo | Davia Gala & Flavio Abbate |
| Hexagon Team | Fans | Paquito Navarro & Alejandra Salazar | Fran Guerrero & Carmen Goenaga | Pol Hernandez & Mariano Gonzalez |



