Kelayakan ke Piala Asia AFC 2027 kini memasuki fasa penentuan, dengan empat daripada enam kumpulan dalam pusingan kelayakan ketiga masih terbuka menjelang hari perlawanan terakhir pada Mac 2026.
Siapakah yang akan menyertai Arab Saudi, Korea Selatan, Jepun, Indonesia dan lain-lain apabila kejohanan bermula pada 7 Januari 2027?
Berikut ialah kedudukan semasa:
Kumpulan A
Tajikistan dan Filipina terikat dengan 13 mata tetapi dipisahkan hanya oleh satu gol di puncak carta. Selepas pertemuan pertama mereka berakhir 2-2 pada Jun lalu, aksi timbal balik pada Mac tahun depan akan menjadi penentuan mutlak bagi kedua-dua pasukan.
Kumpulan B
Lubnan berada dua mata di hadapan Yaman, manakala Brunei dan Bhutan sudah tersingkir. Dengan dua pasukan teratas akan bertemu pada hari terakhir, Lubnan hanya memerlukan keputusan seri sebagai tuan rumah, manakala Yaman perlu menang di tempat lawan untuk layak.
Kumpulan C
Singapura mengesahkan tangga teratas selepas kemenangan dramatik 2-1 ke atas Hong Kong pada 18 November. Keputusan itu memberikan skuad The Lions kelebihan secara head-to-head dan menamatkan penantian panjang untuk kembali ke Piala Asia sejak 1984.
View this post on Instagram
Kumpulan D
Turkmenistan dan Thailand terikat dengan 12 mata di puncak, tetapi kelebihan memihak kepada Turkmenistan hasil kemenangan 3-1 ke atas Thailand pada Jun lalu. Menjelang pertemuan terakhir, Turkmenistan hanya perlu mengelakkan kekalahan, manakala Thailand mesti menang dengan sekurang-kurangnya tiga gol untuk memperbaiki rekod head-to-head.
Kumpulan E
Syria mengatasi Myanmar, Afghanistan dan Pakistan untuk menempah tiket ke Piala Asia pada Oktober berbaki dua perlawanan.
Kumpulan F
Malaysia mengetuai kumpulan dengan rekod lima kemenangan daripada lima perlawanan. Namun, kontroversi luar padang melibatkan status kelayakan beberapa pemain naturalisasi Harimau Malaya kemungkinan membuka ruang untuk Vietnam di tangga kedua merampas slot kelayakan kumpulan tersebut.
View this post on Instagram



