Andi Farid bergandingan dengan Hafizh Syahrin di JDT Racing Team

(JDT Racing Team/Facebook)

JDT Racing Team mengesahkan Andi Farid Izdihar sebagai pelumba baharu pasukan itu bagi menghadapi musim Asia Road Racing Championship (ARRC) akan datang.

Pelumba Indonesia berusia 28 tahun itu, yang menamatkan saingan Asia Superbike 1000 musim lalu di tempat keenam dengan tiga podium, bakal bergandingan bersama juara bertahan Hafizh Syahrin Abdullah.

Ini merupakan kali pertama JDT Racing Team menurunkan dua pelumba sepenuh masa – Hafizh berlumba secara solo pada musim sulung pasukan itu pada 2024, manakala Ryo Mizuno hanya membuat penampilan wildcard pada dua pusingan terakhir di Sepang dan Buriram.

Andi membawa pengalaman luas ke dalam pasukan selepas beraksi dalam ARRC bersama Astra Honda Racing dari 2022 hingga 2025, selain pernah beraksi di peringkat antarabangsa dalam kategori Moto2 dan Moto3.

Kempen ARRC 2026 akan bermula dengan ujian rasmi pada 8 April di Sepang International Circuit, sebelum pusingan pembukaan musim berlangsung di venue sama dari 10 hingga 12 April.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV Malaysia (@spotvmy)

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW