Bintang Liga Pro Saudi raikan gol dengan gaya One Piece

Khalid Al Ghannam mencuri perhatian di media sosial selepas meraikan jaringannya dengan gaya ikonik dari One Piece.

Pemain sayap Al Ettifaq itu membuka tirai jaringan dalam pertembungan Roshn Saudi League menentang Al Fateh pada hari Khamis.

Selepas menjaringkan gol, pemain berusia 25 tahun itu memakai topi jerami dan membuat pose yang dikaitkan dengan Monkey D. Luffy, watak utama One Piece.

Ia merujuk kepada gaya terkenal “Gear 2” Luffy daripada siri anime dan manga Jepun tersebut.

Sejak bersiri dalam majalah Weekly Shonen Jump pada 1997, One Piece terus berkembang menjadi salah satu francais media paling berjaya di dunia, termasuk filem, permainan video dan adaptasi aksi langsung Netflix.

Bekas bintang Liverpool, Georginio Wijnaldum serta pemain antarabangsa Arab Saudi, Madallah Al-Olayan turut mencatatkan nama sebagai penjaring ketika Al Ettifaq menang 4-3.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW