Bintang tenis Tunisia umum hamil

Ons Jabeur dan suami menerima berita gembira.

Ons Jabeur mengumumkan bahawa beliau sedang menantikan anak pertama bersama suaminya, Karim Kamoun.

Pemain berusia 31 tahun itu berkongsi berita gembira tersebut di Instagram dan mendedahkan bahawa bayi mereka dijangka lahir pada April.

“Saya ambil sedikit masa untuk berehat dan mengembalikan tenaga… rupa-rupanya kami sedang merancang ‘comeback’ paling comel sekali,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Ketika ini, Jabeur masih berehat daripada arena tenis profesional sejak Julai lalu bagi memberi tumpuan kepada kesihatan fizikal dan mentalnya.

Bekas pemain nombor dua dunia itu pernah mara ke tiga perlawanan akhir Grand Slam dalam kariernya — dua di Wimbledon dan satu di US Open.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW