Cristiano Ronaldo sah melibatkan diri dalam dunia MMA selepas menjadi pemegang saham dalam promosi Sepanyol, Way of Warrior (WOW) FC.
Pengumuman ini menandakan langkah terbaharu bintang Al-Nassr itu di luar padang bola sepak.
View this post on Instagram
“MMA mewakili nilai yang saya benar-benar percaya – disiplin, rasa hormat, ketabahan dan usaha berterusan untuk mencapai kecemerlangan,” kata pemain berusia 40 tahun itu.
“WOW FC sedang membina sesuatu yang unik dan berpengaruh dan saya berbangga menjadi sebahagian daripada projek ini untuk mengangkat sukan ini serta memberi inspirasi kepada generasi seterusnya.”
Juara Lightweight UFC, Ilia Topuria, yang juga sebahagian pemilik WOW FC, menyambut baik kerjasama pemenang Ballon d’Or lima kali itu.
“Kehadiran Cristiano Ronaldo dalam WOW FC adalah detik besar buat sukan ini. Beliau melambangkan tahap profesionalisme, usaha dan kecemerlangan yang tertinggi,” katanya.
“Kami akan bersama-sama membawa MMA ke tahap baharu dan memberi inspirasi kepada atlet serta peminat di seluruh dunia untuk percaya bahawa segala-galanya boleh dicapai.”
View this post on Instagram



