Pengurus Ducati puji Marquez, luah rasa sedih tentang musim suram Bagnaia

Pengurus pasukan Ducati Lenovo Team, Davide Tardozzi, memberi pujian tinggi kepada Marc Marquez sambil mengakui rasa sedih melihat kemerosotan prestasi Francesco Bagnaia ketika menilai kempen dominan MotoGP 2025 pasukannya.

Perpindahan Marquez dari Gresini Racing terbukti langkah tepat apabila beliau merangkul kejuaraan MotoGP ketujuhnya meskipun terlepas empat perlumbaan terakhir akibat kecederaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)

“Kami sangat bangga, apa yang Marc lakukan memang luar biasa,” kata Tardozzi kepada MotoGP.com.

“Menjuarai kejuaraan dan meraih triple crown membuatkan kami bangga terhadap jurutera, mekanik dan terutamanya para pelumba kami.

“Saya selalu kata, perkara paling mengagumkan tentang Marc bukan hanya kehebatannya sebagai pelumba, tetapi sikapnya sebagai seorang manusia.

“Cara dia memimpin pasukan, cara dia bekerja dengan jurutera dan mekaniknya, saya tidak pernah melihat perkara seperti itu sebelum ini, dan itu salah satu kelebihan terbesarnya.

“Sebagai pelumba profesional, dia sempurna pada setiap masa. Walaupun melakukan kesilapan, dia tahu bagaimana untuk bangkit dan memberi maklum balas dengan tepat. Kami benar-benar gembira memilihnya.”

Sementara Marquez mencipta kejayaan, Bagnaia pula melalui musim yang amat sukar dengan enam penarikan diri dalam tujuh perlumbaan terakhir, sekali gus menjatuhkannya ke tangga kelima keseluruhan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)

Tardozzi tidak menyembunyikan kesedihannya terhadap nasib malang juara dunia dua kali itu.

“Pecco adalah antara pelumba paling penting buat Ducati kerana dia menang dua kejuaraan dan 31 perlumbaan untuk kami, jadi dia layak menerima sokongan maksimum kami,” ujarnya.

“Ada masanya kami tidak mampu memberikannya apa yang dia perlukan, tapi kami tahu Luigi Dall’Igna dan seluruh Ducati Corse bekerja keras untuk menyelesaikan masalah ini.

“Namun dia tidak menemui semula rasa selesa dengan motosikal tahun ini. Kami kini menumpukan usaha untuk memastikan musim 2026 menjadi sepenuhnya berbeza buatnya.”

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW