Djokovic pecah rekod Masters milik Nadal

(US Open)

Novak Djokovic mencipta satu lagi pencapaian baharu selepas mara ke pusingan 16 terbaik di Indian Wells Masters.

Juara Grand Slam 24 kali itu menewaskan pemain nombor 72 dunia, Aleksandar Kovacevic, 6-4, 1-6, 6-4 untuk melangkah ke pusingan 16 terakhir kejohanan ATP Masters 1000 buat kali ke-113, yang merupakan rekod baharu sejak format tersebut diperkenalkan pada 1990.

Menurut OptaAce, rekod sebelum ini dipegang oleh Rafael Nadal, yang bersara pada November 2024.

Nadal mencatat penampilan ke-112 dan terakhirnya di pusingan 16 Masters ketika Madrid Open awal tahun tersebut.

Djokovic, yang turut beraksi dalam acara beregu lelaki bersama Stefanos Tsitsipas di Indian Wells Tennis Garden, seterusnya akan menentang juara bertahan perseorangan lelaki, Jack Draper, bagi merebut tempat ke suku akhir.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW