Ikon sukan global sekali lagi membawa persaingan mereka ke atas air apabila E1 Series kembali untuk musim ketiganya pada 2026.
View this post on Instagram
Digelar sebagai kejuaraan bot kuasa elektrik sepenuhnya yang pertama di dunia, paddock E1 menampilkan barisan bintang bertaraf global, dengan pemilik pasukan termasuk Rafael Nadal, LeBron James, Tom Brady, Didier Drogba dan Virat Kohli.
Menjelang bermulanya musim baharu 2026 di Jeddah pada 23-24 Januari, yang boleh disaksikan secara langsung di SPOTV NOW, berikut adalah pasukan-pasukan yang bakal beraksi di atas air.
View this post on Instagram
Team Brady
Pemilik: Tom Brady | Pemandu: Sam Coleman & Emma Kimilainen
Seperti pemilik mereka yang meraih tujuh gelaran Super Bowl, Team Brady tampil hebat dengan memenangi dua kejuaraan E1 berturut-turut. Dengan mengekalkan gandingan mantap Coleman dan Kimilainen, mereka memasuki musim 2026 sebagai pilihan utama untuk melanjutkan dominasi.
Team Rafa
Pemilik: Rafael Nadal | Pemandu: Tom Chiappe & Cris Lazarraga
Kehadiran ‘King of Clay’ dan pasukannya sejak dari musim pertama terus menjadi tonggak utama E1. Musim lalu, pasukan Sepanyol ini memberi cabaran paling sengit kepada Team Brady, menamatkan musim hanya 11 mata di belakang hasil kemenangan di Doha dan tiga penamat tempat kedua.
Team Blue Rising
Pemilik: Virat Kohli | Pemandu: TBC
Tokoh sukan paling dikenali di India ini antara bintang global terawal membawa pengaruh besarnya ke E1. Pada musim lalu, pasukan Kohli ini meraih kemenangan pertama di Monaco dan menamatkan 2025 di tempat ketiga keseluruhan. Berbekalkan kejayaan itu, pasukan ini pastinya memasuki musim baharu dengan jangkaan lebih tinggi walaupun barisan pemandu masih belum disahkan.
Aoki Racing Team
Pemilik: Steve Aoki | Pemandu: Dani Clos & Sara Misir
Dengan sokongan DJ yang pernah dicalonkan Anugerah Grammy, pasukan ini menjadi antara paling dikenali di paddock. Pada 2025, mereka memulakan musim dengan cemerlang, mencatat dua kemenangan daripada tiga perlumbaan awal untuk muncul sebagai pencabar awal kejuaraan, namun akhirnya menamatkan musim di tempat keempat keseluruhan.
View this post on Instagram
Team AlUla
Pemilik: LeBron James | Pemandu: Rusty Wyatt & Nerea Marti
Antara atlet paling berpengaruh generasinya, bintang Los Angeles Lakers ini menyertai pemilikan E1 pada 2025. Namun, musim debut terbukti mencabar buat Team AlUla, yang hanya meraih satu penamat tiga teratas di Dubrovnik dan gagal menemui rentak konsisten dalam kejuaraan.
View this post on Instagram
Team Drogba Global Africa
Pemilik: Didier Drogba | Pemandu: TBC
Keputusan pasukan milik bekas bintang Chelsea dan Ivory Coast ini sederhana sepanjang penyertaan merekea, namun mereka berjaya meraih podium di perlumbaan laman sendiri di Lagos pada 2025. Kejayaan itu dilihat meningkatkan jangkaan, dengan Drogba merancang untuk memperkenalkan barisan pemandu baharu bagi kempen 2026.
View this post on Instagram
Team Miami
Pemilik: Marc Anthony | Pemandu: Timmy Hansen & Patricia Pita Gago
Selepas kempen 2025 yang sukar dengan penamat di tempat kesembilan keseluruhan, pasukan milik artis pemenang Anugerah Grammy ini menjalani penstrukturan semula besar-besaran. Ia termasuk menggantikan bekas pemandu Erik Stark dan Anna Glennon, serta melantik Steve Curtis sebagai ketua pasukan.
View this post on Instagram
Westbrook Racing
Pemilik: Will Smith | Pemandu: Lucas Ordonez & Sara Price
Walaupun mencatat musim debut yang kuat pada 2024, Westbrook Racing gagal mengekalkan momentum itu pada 2025 dan tidak meraih sebarang podium. Namun, mereka mengekalkan pemandu mereka termasuk Ordonez, yang mencapai kemenangan pertama pasukan di Tasik Como pada 2024.
View this post on Instagram
Team Monaco
Pemilik: Maxime Nocher & Chris Taylor | Pemandu: Maxime Nocher & Oban Duncan
Mewakili negara kota itu serta warisan permotoran yang kaya, Team Monaco bakal membuat penampilan sulung dalam E1 pada 2026. Pasukan ini diterajui juara dunia kitefoil 11 kali, Nocher, bersama bekas pemandu Team Drogba, Duncan.
View this post on Instagram
Sierra Racing Club
Pemilik: Kerem Ozman | Pemandu: TBC
Sebagai satu lagi pasukan baharu pada musim 2026, identiti Sierra Racing Club masih menjadi tanda tanya, dengan butiran lanjut mengenai pemandu dan struktur pasukan belum diumumkan setakat hari ini.
View this post on Instagram



