Roger Federer akan menerima satu lagi penghormatan besar dalam kariernya apabila disahkan bakal menyertai International Tennis Hall of Fame untuk Kelas 2026.
Legenda Switzerland itu bersara pada 2022 selepas karier luar biasa yang menyaksikannya meraih 20 gelaran Grand Slam, 103 kejuaraan ATP serta pingat emas Olimpik dalam acara beregu di Beijing 2008.
Beliau juga memainkan peranan penting membawa Switzerland menjulang kejuaraan Davis Cup pertama negara itu pada 2014.
#Wimbledon – Djokovic joked about retiring with Federer & Nadal — sipping Margaritas on a beach someday. 🍸🏖️
Subscribe to our Tennis Pack & watch the upcoming Wimbledon & US Open live on #SPOTVNOW! 🎾#TennisAllAccess #SPOTVNOW #Wimbledon2025 #USOpen2025 pic.twitter.com/njqampE1Cm
— SPOTV SEA (@SPOTVSEA) July 4, 2025
Pelantikan ke Hall of Fame ini meletakkan Federer sebaris dengan nama-nama ikonik dalam sejarah tenis dan mengukuhkan lagi statusnya sebagai salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman.
Dalam reaksinya, Federer berkata beliau sangat berbesar hati menerima pengiktirafan tersebut dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang amat istimewa.
Mary Carillo turut tersenarai dalam Kelas 2026, menerima penghormatan atas sumbangan beliau sebagai pengulas dan tokoh media tenis.
Majlis pelantikan akan berlangsung di Newport, Rhode Island pada Ogos 2026.
#Wimbledon – Silap besar dari Federer 😅 tapi senyum dia lepas tu? Priceless! 😂
Langgan Tennis Pack sekarang untuk strim Wimbledon dan US Open di SPOTV NOW dengan RM17.90 sahaja!#TennisAllAccess #SPOTVNOW #Wimbledon2025 #USOpen2025 pic.twitter.com/CVflKocvWN
— SPOTV Malaysia (@SPOTVMY) June 27, 2025



