Ini sebab dua pelumba tidak hadir pada pelancaran musim MotoGP 2026

(Dorna)

Pelancaran musim MotoGP 2026 di Kuala Lumpur mencuri tumpuan peminat, namun dua pelumba tidak kelihatan dalam acara berprofil tinggi tersebut.

Pelumba pertama ialah Fermin Aldeguer, yang masih dalam proses pemulihan selepas mengalami patah tulang paha pada Januari lalu.

Kecederaan sama turut memaksanya menarik diri daripada Ujian Sepang yang berlangsung awal minggu ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV Malaysia (@spotvmy)

Seorang lagi pelumba yang tidak hadir ialah Fabio Quartararo, yang mengalami kecederaan patah jari akibat kemalangan pada hari pembukaan Ujian Sepang.

Pelumba Yamaha itu kemudian mengambil keputusan untuk pulang bagi memberi tumpuan kepada pemulihan serta persiapan menjelang Ujian Buriram di Thailand.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV Malaysia (@spotvmy)

Walaupun ketiadaan dua pelumba tersebut, baki 20 pelumba MotoGP termasuk juara dunia bertahan, Marc Marquez tetap tampil di pentas pada Jumaat bagi sesi fotografi rasmi, dengan Menara Berkembar Petronas menjadi latar belakang ikonik.

Sambutan pelancaran musim diteruskan pada Sabtu menerusi pelbagai aktiviti bersama peminat, termasuk penampilan eksklusif pelumba serta persembahan muzik secara langsung daripada artis antarabangsa seperti The Script, PAWSA dan kumpulan pop tempatan, Dolla.

Musim MotoGP 2026 bakal membuka tirainya di Litar Antarabangsa Chang pada 1 Mac, dengan siaran langsung boleh ditonton di SPOTV NOW.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tarmac Sports (@tarmacsportsmy)

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW