Jaringan akrobatik Ronaldo sempurnakan kemenangan Al-Nassr

Al-Nassr meneruskan permulaan sempurna dalam saingan Roshn Saudi League selepas menewaskan Al-Khaleej 4-1 pada Ahad.

Pendahulu liga itu sudah selesa mendahului di Al-Awwal Park menerusi jaringan Joao Felix, Wesley dan Sadio Mane.

Cristiano Ronaldo kemudian mencuri tumpuan pada masa kecederaan dengan satu jaringan akrobatik yang menakjubkan.

Jaringan itu yang mirip gol ikoniknya ketika menentang Juventus dalam Liga Juara-Juara UEFA mengesahkan kemenangan Al-Nassr dan mencetuskan sorakan gemuruh penyokong di Riyadh.

Kemenangan kesembilan berturut-turut itu meletakkan Al-Nassr empat mata di depan pencabar terdekat, Al-Hilal, yang turut meraih kemenangan ke atas Al-Fateh walaupun beraksi dengan 10 pemain hasil jaringan Darwin Nunez dan Ruben Neves.

Al-Taawoun, yang memulakan minggu di tangga kedua, jatuh ke tempat ketiga selepas diikat 1-1 oleh Neon dalam perlawanan dramatik dengan kedua-dua gol hadir pada masa kecederaan.

Sementara itu, juara bertahan Al-Ittihad akhirnya menamatkan rentetan keputusan hambar liga dengan kemenangan 2-1 ke atas Al-Riyadh.

Namun, Karim Benzema dan rakan sepasukan masih ketinggalan 13 mata di belakang Al-Nassr di puncak liga.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW