Kenali pemain tenis Grand Slam yang mempunyai pertalian Malaysia

Arena tenis Malaysia menunjukkan perkembangan yang stabil sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun negara masih belum mempunyai wakil tetap di Jelajah ATP dan WTA. Sambil bakat tempatan terus dibangunkan, beberapa pemain antarabangsa berdarah Malaysia sebenarnya telah mencipta nama di pentas tertinggi sukan ini.

Selain pemain Australia, Nick Kyrgios, yang mempunyai pertalian dengan Malaysia melalui ibunya, terdapat dua lagi pemain tenis yang turut mewarisi susur galur Malaysia sambil membina kerjaya profesional di peringkat dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Louis Theroux (@officiallouistheroux)

Ryan Peniston

Ibu pemain tenis Britain ini berasal dari Malaysia, sekali gus memberikannya pertalian langsung dengan negara ini.

Peniston pernah mencapai ranking tertinggi kerjaya ATP di kedudukan No.123 dunia pada 2022, hasil prestasi cemerlang dalam kejohanan Challenger. Di pentas Grand Slam, pencapaian terbaik Peniston hadir di Wimbledon. Pada edisi 2022, beliau memenangi perlawanan pusingan pertama perseorangan lelaki sebelum tersingkir di pusingan kedua. Beliau juga pernah beraksi dalam acara beregu lelaki dan beregu campuran di Wimbledon.

Selain itu, Peniston turut memiliki perjalanan hidup yang penuh inspirasi selepas berjaya mengatasi penyakit kanser ketika masih di usia kanak-kanak.

Moyuka Uchijima

Dilahirkan di Kuala Lumpur hasil perkahwinan bapa warga Jepun dan ibu rakyat Malaysia, pemain berusia 24 tahun ini kini muncul sebagai pemain No.2 Jepun dalam perseorangan wanita serta berjaya menembusi kelompok 50 terbaik dunia.

Prestasi Uchijima di kejohanan Grand Slam juga semakin memberangsangkan. Beliau pernah mara ke pusingan kedua Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat. Di Wimbledon pula, beliau sudah beraksi dalam pusingan utama, namun masih memburu kemenangan sulung di pentas paling berprestij gelanggang rumput itu.

Dengan usia yang masih muda, masa depan kerjayanya dilihat cukup cerah.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW