Khabib Gym bakal dibuka di Johor

Khabib Nurmagomedov, menghadiri majlis pecah tanah bagi pembinaan gim baharunya di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Iskandar Puteri, Johor pada Selasa.

Bekas juara Lightweight UFC itu terbang ke Malaysia sejurus selepas menyaksikan kemenangan Islam Makhachev ke atas Jack Della Maddalena dalam UFC 322 di New York.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dana White (@danawhite)

Dalam hantaran di Instagram, Khabib berkata beliau berbesar hati melancarkan majlis pecah tanah gim berkenaan.

Beliau berkata gim itu akan dibuka kepada kanak-kanak dan orang dewasa di Johor untuk berkongsi ilmu serta pengalaman seni bela diri yang dikumpulnya sepanjang karier.

Khabib turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang menerajui usaha tersebut.

Menurut maklumat rasmi, gim berkenaan berkeluasan 37,000 kaki persegi, mampu menampung sehingga 1,000 orang dan akan dilengkapi dewan serbaguna serta gelanggang oktagon.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW