Mampukah Malaysia elak nasib buruk skandal kelayakan FIFA?

Ketika ini, Malaysia sepatutnya berada di ambang kelayakan ke Piala Asia AFC 2027 dengan rekod lima kemenangan daripada lima perlawanan Kumpulan F. Dalam situasi normal, seluruh negara pasti meraikan pencapaian luar biasa ini. Namun, sorakan bertukar gusar apabila skuad kebangsaan terjebak dalam kontroversi naturalisasi yang dianggap antara paling serius dalam bola sepak moden.

FIFA mendapati Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersalah menurunkan tujuh pemain naturalisasi – Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Gabriel Palmero dan Hector Hevel – yang didakwa menggunakan dokumen palsu untuk membuktikan pertalian darah Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #AsianCup2027 (@afcasiancup)

Badan induk dunia itu mengenakan hukuman berat termasuk penggantungan 12 bulan terhadap setiap pemain, sekali gus memaksa FAM memfailkan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Sekiranya keputusan asal dikekalkan, Malaysia berdepan risiko hukuman tambahan. Lebih membimbangkan, kesemua pemain tersebut beraksi dalam kemenangan kelayakan menentang Nepal dan Vietnam, menyebabkan kesahihan keputusan itu kini menjadi persoalan besar.

Sambil negara menunggu keputusan muktamad dengan penuh debaran, berikut ialah beberapa contoh pasukan kebangsaan lain yang pernah menerima hukuman berat akibat menurunkan pemain tidak layak dalam saingan antarabangsa.

Timor-Leste

Antara tahun 2012 hingga 2016, Timor-Leste terbabit dalam salah satu skandal naturalisasi haram terbesar dalam sejarah bola sepak antarabangsa. Seramai 12 pemain kelahiran Brazil didaftarkan menggunakan sijil lahir Timor-Leste yang dipalsukan, membolehkan mereka beraksi dalam kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia.

FIFA dan AFC bertindak tegas: Timor-Leste dilarang menyertai Piala Asia 2023, 29 keputusan perlawanan rasmi dibatalkan, manakala beberapa pegawai kanan dikenakan penggantungan. Kes ini kekal sebagai antara tindakan disiplin paling keras berkaitan isu kelayakan di rantau Asia.

Equatorial Guinea

Emilio Nsue, pemain kelahiran Sepanyol yang pernah mewakili negara itu di peringkat belia, mula beraksi untuk negara asal bapanya pada 2013. Namun FIFA kemudian mendapati beliau tidak memenuhi syarat pertukaran negara.

Walaupun diberi amaran, Nsue terus diturunkan dalam perlawanan rasmi termasuk Piala Negara-Negara Afrika. Akibatnya, beberapa keputusan perlawanan dibatalkan dan kemenangan 3-0 diberikan kepada pihak lawan. Pada Jun 2024, FIFA turut menggantung Nsue selama enam bulan daripada aksi antarabangsa.

Namun, selepas kisah yang berlarutan lebih sedekad, FIFA akhirnya mengesahkan kelayakannya untuk mewakili Equatorial Guinea pada Mac 2025.

Bolivia

Kes Bolivia melibatkan Nelson Cabrera, pemain kelahiran Paraguay yang pernah mewakili negara itu sebelum memperoleh kerakyatan Bolivia. Cabrera beraksi dalam kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Peru dan Chile, namun gagal memenuhi syarat residensi lima tahun seperti ditetapkan FIFA.

FIFA kemudian mengisytiharkan kedua-dua perlawanan sebagai kemenangan 3-0 kepada Peru dan Chile. Keputusan itu mengubah kedudukan kelayakan CONMEBOL secara drastik, membantu Peru layak ke Piala Dunia sambil menyumbang kepada kegagalan Chile.

Syria

Pada 2011, Syria menurunkan George Mourad, seorang pemain yang pernah mewakili Sweden, dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Tajikistan. Walaupun Syria menang selesa di atas padang, FIFA kemudian mendapati Mourad tidak melengkapkan prosedur rasmi pertukaran negara. Keputusan kedua-dua perlawanan dibatalkan dan diberikan sebagai kemenangan 3-0 kepada Tajikistan, sekali gus menyingkirkan Syria daripada saingan.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW