Marquez menangi BMW M2 CS selepas ungguli Anugerah BMW M

Anugerah BMW M telah dianugerahkan setiap tahun sejak 2003.

Marc Marquez menutup musim cemerlang MotoGP 2025 dengan merangkul Anugerah BMW M buat kali kelapan dalam kariernya.

Anugerah berprestij itu diberikan kepada pelumba dengan kutipan mata kelayakan tertinggi sepanjang musim, dan kemenangan kali ini merupakan yang pertama buat juara dunia itu sejak 2019.

Walaupun terlepas empat perlumbaan terakhir akibat kecederaan bahu, Marquez tetap menamatkan saingan di tangga teratas dengan 351 mata hasil lapan pole position dan lima lagi penampilan di barisan hadapan, sekali gus melayakkan beliau membawa pulang sebuah BMW M2 CS baharu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV Malaysia (@spotvmy)

“Saya sudah menantikan saat ini selama beberapa tahun, dan saya sangat gembira dapat melihat nama saya kembali dalam senarai pemenang Anugerah BMW M,” kata Marquez.

“Musim ini seperti mimpi buat saya, walaupun saya sama sekali tidak menjangka ia berakhir dengan kecederaan yang menyebabkan saya terlepas beberapa perlumbaan terakhir.

“Bagi kami, ia sesuatu yang istimewa apabila prestasi di litar dihargai dengan cara seperti ini.”

Marquez turut mengulas mengenai adiknya, Alex, yang menamatkan saingan di tempat kedua.

“Alex tidak dapat keputusan yang dia perlukan pada sesi kelayakan kedua terakhir di Portimao untuk terus mencabar, tapi saya sudah janji dia pun akan dapat memandu kereta itu!”

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW