Mengimbau detik epik ketika Kurtz menyamai rekod Ohtani

Nick Kurtz mengejutkan dunia Major League Baseball (MLB) pada 13 September 2025 apabila beliau meledakkan home run sejauh 493 kaki ketika menentang Cincinnati Reds.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MLB ⚾ (@mlb)

Untuk peminat baharu baseball, jarak sebegitu memang luar biasa. Rekod pukulan terjauh dalam sejarah dipercayai milik Babe Ruth dengan anggaran 575 kaki pada 1921. Dalam era Statcast moden yang menggunakan teknologi radar berketepatan tinggi pula, catatan rasmi terjauh ialah 505 kaki, milik Nomar Mazara pada 2019.

Pukulan sensasi pemain muda Oakland Athletics ini tidak memecahkan mana-mana rekod tersebut, namun ia menyamai jarak home run terpanjang Shohei Ohtani, pemenang MVP empat kali yang turut mengetuai Los Angeles Dodgers merangkul gelaran World Series dua tahun berturut-turut pada musim yang sama. Hakikat bahawa seorang rookie mampu menghasilkan pukulan sejauh ikon seperti Ohtani segera menarik perhatian peminat dan penganalisis MLB.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV Indonesia (@spotv.indonesia)

Kurtz kemudian membuktikan prestasinya bukan kebetulan apabila menamatkan musim dengan cemerlang, seterusnya dinobatkan sebagai Rookie Terbaik Liga Amerika 2025 dengan undian sebulat suara.

Pada masa depan, peminat pasti akan mengenang pukulan luar biasa ini sebagai detik yang menandakan kemunculan salah seorang pemukul paling berbisa generasi baharu dalam MLB.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW