MotoGP tangguh Grand Prix Qatar susulan krisis Timur Tengah

(Dorna)

MotoGP mengumumkan bahawa Grand Prix Qatar bulan depan tidak akan berlangsung seperti yang dijadualkan, dengan perlumbaan itu dipindahkan ke November susulan konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Acara di Litar Antarabangsa Lusail itu pada asalnya dijadualkan menjadi pusingan keempat musim 2026 dari 10 hingga 12 April.

Namun penganjur mengesahkan pada hari Ahad bahawa hujung minggu perlumbaan tersebut kini akan berlangsung dari 6 hingga 8 November.

Keputusan itu dibuat susulan ketidakstabilan yang semakin meningkat di rantau berkenaan selepas serangan ketenteraan yang melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran, yang turut mengganggu perjalanan serta memaksa beberapa acara sukan dibatalkan atau ditangguhkan.

Dalam satu kenyataan, MotoGP berkata perubahan itu dibuat selepas menilai pelbagai senario dan mempertimbangkan kesannya terhadap kalendar kejuaraan.

“Keputusan ini dibuat dengan penuh teliti dan dengan kerjasama rapat bersama rakan kongsi kami di Qatar serta seluruh paddock,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MotoGP, Carmelo Ezpeleta.

“Keutamaan kami sentiasa keselamatan dan kesejahteraan semua yang terlibat dalam MotoGP, selain memastikan setiap Grand Prix dapat dianjurkan pada tahap tertinggi.

“Kami juga menyedari kepentingan memberikan kejelasan kepada para peminat seawal mungkin dan pemegang tiket akan diberi pilihan untuk memindahkan tiket mereka ke acara yang baharu.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MotoGP™ (@motogp)

Perubahan jadual itu turut memberi kesan kepada penghujung musim, dengan Grand Prix Portugal kini dijadual berlangsung dari 20 hingga 22 November, manakala perlumbaan penutup musim di Valencia ditunda ke 27 hingga 29 November.

MotoGP bukan satu-satunya siri perlumbaan yang terpaksa mengubah perancangan, apabila Formula One turut mengumumkan pada hari Sabtu bahawa perlumbaan di Bahrain dan Arab Saudi tidak akan berlangsung pada April.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW