Niti Racing wakili Indonesia di Harley-Davidson Bagger World Cup

(Niti Racing/Instagram)

Senarai pasukan bagi edisi sulung Harley-Davidson Bagger World Cup semakin terbentuk, dengan Niti Racing antara pasukan terawal yang mengesahkan penyertaan bagi musim 2026.

Pasukan dari Indonesia itu tampil bersedia lebih awal apabila menjadi yang pertama mengumumkan barisan pelumba, selain mengadakan majlis pelancaran rasmi di Jakarta bulan lalu.

Sebagai satu-satunya wakil Asia dalam kejuaraan tersebut, Niti Racing akan mempertaruhkan Dimas Ekky Pratama, yang berpengalaman dalam Moto2 dan Asia Road Racing Championship, bersama pelumba Sepanyol, Óscar Gutiérrez.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dimas Ekky Pratama (@dimaspratama20)

Setakat ini, mereka merupakan antara empat pasukan yang telah disahkan menjelang ujian pramusim rasmi pertama yang dijadual berlangsung pada 21 hingga 22 Mac di Circuit of the Americas.

Tiga lagi pasukan yang turut mengesahkan penyertaan ialah Joe Rascal Racing (Australia), Saddlemen Racing (Amerika Syarikat) dan ParkinGO Team (Itali), dengan lebih banyak pasukan dijangka menyertai saingan menjelang perlumbaan pembuka musim.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Niti Racing BWC (@nitiracing_bwc)

Kejohanan baharu hasil kerjasama Harley-Davidson dan MotoGP ini akan menampilkan enam pusingan di Amerika Utara dan Eropah.

Musim 2026 dijadual bermula di Austin dari 27 hingga 29 Mac sebelum melabuhkan tirai di Red Bull Ring, Austria pada September.

Peminat di rantau ini boleh menyaksikan perlumbaan pembuka musim secara langsung di SPOTV NOW.

 

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW