Pengurus Marquez beri perkembangan positif tentang pemulihan Marc

Marc Marquez terpaksa terlepas baki saingan MotoGP 2025 akibat kecederaan.

Juara dunia MotoGP 2025, Marc Marquez, sedang menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang baik, menurut pengurusnya, Jaime Martinez.

Pelumba berusia 32 tahun itu menjalani pembedahan bahu yang menamatkan musimnya selepas terjatuh dalam Grand Prix Indonesia bulan lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)

“Proses pemulihan berjalan dengan baik, langkah demi langkah,” kata Martinez.

“Kami ikut sepenuhnya semua nasihat doktor dan bertindak mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Setakat ini semuanya berjalan dengan sangat baik.

“Ia kecederaan yang serius dan memerlukan kesabaran tinggi. Sebaik sahaja doktor beri lampu hijau, dia akan kembali menunggang motosikal.

“Dia berusaha keras setiap hari untuk pulih sepenuhnya. Saya rasa tak lama lagi dia akan kembali menunggang.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marc Márquez (@marcmarquez93)

Sebelum kecederaan itu, Marquez mencatat 11 kemenangan Grand Prix musim ini, sekali gus mengesahkan gelaran juara dunia MotoGP ketujuhnya.

Pasukan Ducati Lenovo menggantikan beliau dengan Michele Pirro di Phillip Island dan Sepang, manakala Nicolo Bulega mengambil alih tugas bagi Grand Prix Portugal dan pusingan akhir di Valencia.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW