Perbezaan antara MLB dan World Baseball Classic

World Baseball Classic (WBC) 2026 bakal bermula, menampilkan ramai bintang besbol dunia termasuk pemain Major League Baseball (MLB).

Walaupun peminat MLB akan mengenali nama besar seperti Shohei Ohtani, Aaron Judge, Tarik Skubal dan Paul Skenes, peraturan yang digunakan dalam WBC berbeza dalam beberapa aspek penting berbanding MLB. Perbezaan ini boleh mempengaruhi strategi pitching, pengurusan roster serta rentak keseluruhan permainan.

Menjelang kejohanan yang akan disiarkan secara langsung di SPOTV NOW, berikut ialah pecahan ringkas perbezaan utama dalam perlawanan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)

Aspek MLB WBC
Had Pitch Tiada Setiap pitcher tertakluk kepada had maksimum pitch:
• Pusingan Pertama: 65
• Pusingan Kedua: 80
• Pusingan Kejuaraan: 95
Rehat Wajib Pitcher Tiada Berdasarkan jumlah pitch, seseorang pitcher diwajibkan berehat selama satu hari (30+ pitch) atau empat hari (50+ pitch).

Pitcher yang bermain pada hari berturut-turut mesti rehat 1 hari.

Pitcher tidak dibenarkan bermain 3 hari berturut-turut.

Designated Pitcher Pool (DPP) Tiada Pasukan boleh menamakan sehingga 6 pitcher tambahan untuk pusingan seterusnya.
Mercy Rule Tiada Perlawanan ditamatkan jika:
• Mendahului 15+ run selepas 5 inning
• Mendahului 10+ run selepas 7 inning
(Pusingan Pertama & Suku Akhir sahaja)
Pelari Automatik (Extra Innings) Digunakan dalam musim regular sahaja. Pelari automatik di base kedua dalam extra innings.
Sistem ABS (Automated Ball-Strike)  Dua cabaran setiap pasukan. Tiada

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW