Toprak Razgatlioglu pamer bakat nyanyian di rancangan realiti Turki

(Sumber gambar: Dorna)

Toprak Razgatlioglu mempamerkan sisi berbezanya apabila membuat penampilan khas dalam O Ses Türkiye, versi Turki bagi rancangan realiti popular The Voice.

Juara Dunia Superbike tiga kali itu, yang beralih ke MotoGP bagi musim 2026, muncul dalam episod 31 Disember rancangan berkenaan dan menyanyikan lagu “Çatma Yarim” bersama penyanyi asalnya, Reynmen.

Pelumba Pramac Racing itu mengakui pengalaman tersebut memberikan tekanan yang berbeza berbanding berlumba di tahap tertinggi sukan permotoran.

“Sejujurnya, saya tidak terlalu tertekan ketika berlumba dan jarang merasakan tekanan yang besar, tetapi menyanyi secara langsung memang sangat sukar,” katanya seperti dipetik Motosan.es.

“Malah pemain bola sepak sendiri mengatakan mereka berasa seratus kali lebih tertekan berada di sini berbanding di atas padang.”

Razgatlioglu itu turut berkongsi pandangannya menjelang debut yang dinanti-nantikan dalam MotoGP.

“Setiap orang ada impian pada 2026. Saya harap ia menjadi tahun di mana semua orang dapat mencapai matlamat dan merealisasikan impian masing-masing, kerana kita semua memilikinya.

“Saya sendiri masih menyimpan impian untuk bergelar juara dunia sekali lagi, jadi saya harap ia akan menjadi tahun yang baik untuk semua,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV Malaysia (@spotvmy)

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW