Vogt, Murphy cipta sejarah sebagai Pengurus Terbaik MLB 2025

Stephen Vogt dan Pat Murphy dinobat sebagai Pengurus Terbaik Major League Baseball bagi musim 2025.

Stephen Vogt dan Pat Murphy mencipta sejarah apabila masing-masing mempertahankan gelaran Pengurus Terbaik Major League Baseball (MLB) 2025 bagi Liga Amerika dan Liga Kebangsaan.

Hasil kejayaan pengurus Cleveland Guardians dan Milwaukee Brewers itu tersebut menyaksikan pemenang berulang untuk kedua-dua liga pada musim yang sama buat pertama kali dalam sejarah MLB.

Mereka kini menyertai kelompok elit bersama Bobby Cox (2004 & 2005) dan Kevin Cash (2020 & 2021) yang turut memenangi anugerah tersebut dua tahun berturut-turut.

Bagi Vogt, pencapaian ini amat luar biasa memandangkan beliau baru sahaja memulakan karier pengurusannya bersama Guardians pada musim 2024.

Di bawah bimbingannya, Guardians mengekalkan prestasi konsisten dan mara ke saingan Siri Wild Card Liga Amerika, di mana mereka kalah kepada Detroit Tigers.

Sementara itu, Brewers menamatkan musim regular dengan rekod terbaik Liga Kebangsaan di bawah bimbingan Murphy namun tewas kepada Los Angeles Dodgers dalam Siri Kejuaraan Liga Kebangsaan (NLCS).

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW