Pertahanan Persija Jakarta, Rizky Ridho Ramadhani, telah tersenarai sebagai calon Anugerah FIFA Puskas 2025.
FIFA mengumumkan senarai pencalonan tersebut pada Khamis, yang turut menampilkan beberapa nama besar termasuk Declan Rice, hasil jaringan sepakan percuma menakjubkan untuk Arsenal menentang Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara musim lalu, serta Lamine Yamal, dengan gol lencong cantiknya ketika Barcelona menewaskan Espanyol 2-0.
The FIFA Puskás Award 2025 nominees! 💫
Watch all the goals and cast your vote! 🗳️
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 13, 2025
Ridho dicalonkan selepas menghasilkan jaringan luar biasa dari tengah padang ketika menentang Arema pada Mei lalu.
Pemain berusia 23 tahun itu menjadi hanya pemain Asia Tenggara kedua yang pernah tercalon untuk anugerah tersebut selepas pemain Malaysia, Faiz Subri, yang memenanginya pada 2016.
Antara calon lain untuk edisi 2025 ialah Alerrandro, Alessandro Deiola, Pedro de la Vega, Santiago Montiel, Amr Nasser, Carlos Orrantia, Lucas Ribeiro dan Kevin Rodrigues.



