Nadal nafi bakal tanding jawatan presiden Real Madrid

(Rafael Nadal/Instagram)

Rafael Nadal menafikan spekulasi bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden Real Madrid.

Juara 22 Grand Slam dan penyokong setia kelab gergasi Sepanyol itu tampil memberi penjelasan menerusi media sosial pada Rabu susulan spekulasi yang semakin hangat mengenai pemilihan presiden baharu kelab.

“Saya membaca laporan yang mengaitkan saya dengan kemungkinan pencalonan sebagai presiden Real Madrid. Saya ingin jelaskan bahawa laporan itu tidak benar,” tulisnya di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Kenyataan Nadal hadir sehari selepas presiden semasa, Florentino Pérez, mengesahkan bahawa pemilihan presiden akan diadakan di kelab tersebut.

Walaupun menolak khabar angin itu, Nadal sebelum ini tidak pernah menyembunyikan minatnya untuk memimpin Real Madrid suatu hari nanti, namun pada masa sama terus menyuarakan sokongan kepada Pérez.

“Ya, saya mahu menjadi presiden Real Madrid,” kata Nadal pada 2023.

“Tetapi buat masa ini tiada apa yang perlu diperkatakan kerana kami mempunyai presiden terbaik. Dalam hidup, banyak perkara boleh berubah dan anda perlu fikir sama ada anda benar-benar mampu memikul tanggungjawab tersebut.”

Sejak bersara daripada tenis profesional pada 2024, Nadal semakin aktif dalam pelbagai projek sukan dan perniagaan termasuk saingan E1 Series serta padel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by E1 Series (@e1series)

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW