Derbi Sydney jadi tumpuan aksi A-League minggu ini

Aksi A-League minggu ini dipacu pertembungan panas apabila Sydney FC dan Western Sydney Wanderers sekali lagi bertembung dalam salah satu perseteruan paling sengit bola sepak Australia. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di SPOTV NOW pada 31 Januari, jam 4:35 petang (GMT+8).

Wanderers membawa keyakinan lebih tinggi menjelang perlawanan ini selepas meraih kemenangan penting minggu lalu.

Pemain baharu, Ryan Fraser, terus memberi impak segera apabila masuk sebagai pemain gantian sebelum menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan ketika menewaskan Perth Glory, sekali gus menghadiahkan permulaan sempurna buat ketua jurulatih baharu, Gary van Egmond.

Di kem Sydney FC pula, skuad kendalian Ufuk Talay berdepan tamparan hebat selepas dibelasah 4-0 oleh Melbourne Victory dalam aksi Big Blue. Kekalahan besar itu menjejaskan momentum dan kedudukan mereka dalam persaingan kejuaraan, walaupun masih memiliki satu perlawanan dalam tangan.

Masalah kecederaan turut merumitkan persiapan Sydney FC. Ben Garuccio menyertai Abel Walatee dan Al Hassan Toure dalam senarai kecederaan, manakala Rhys Youlley masih menjalani penggantungan. Namun terdapat sedikit kelegaan apabila pemain sayap utama, Joe Lolley, kembali selepas terlepas lima daripada enam perlawanan terakhir akibat kecederaan hamstring.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by A-Leagues (@aleagues)

Bagi Wanderers pula, mereka diperkuatkan semula oleh Alou Kuol yang kembali ke dalam skuad selepas tidak beraksi minggu lalu. Bagaimanapun, penyerang Hiroshi Ibusuki akan terlepas perlawanan akibat kecederaan.

Seperti kebiasaan derbi Sydney, prestasi semasa sering tidak membawa banyak pengaruh. Intensiti, emosi dan detik kualiti individu lazimnya menjadi penentu. Dengan mata penting dan maruah setempat menjadi taruhan, perlawanan ini dijangka berlangsung sengit.

Siaran langsung perlawanan A-League lain minggu ini di SPOTV NOW

Wellington Phoenix vs Melbourne City
30 Januari @ 2:00 petang (GMT+8)

Adelaide United vs Macarthur
30 Januari @ 5:05 petang (GMT+8)

Newcastle Jets vs Brisbane Roar
31 Januari @ 2:00 petang (GMT+8)

Perth Glory vs Auckland FC
31 Januari @ 6:45 petang (GMT+8)

Central Coast Mariners vs Melbourne Victory
1 Februari @ 2:00 petang (GMT+8)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW