Nadal nafi bakal tanding jawatan presiden Real Madrid
Oleh Lee Seng Foo17 jam lalu
(Rafael Nadal/Instagram)
Rafael Nadal menafikan spekulasi bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden Real Madrid.
Juara 22 Grand Slam dan penyokong setia kelab gergasi Sepanyol itu tampil memberi penjelasan menerusi media sosial pada Rabu susulan spekulasi yang semakin hangat mengenai pemilihan presiden baharu kelab.
“Saya membaca laporan yang mengaitkan saya dengan kemungkinan pencalonan sebagai presiden Real Madrid. Saya ingin jelaskan bahawa laporan itu tidak benar,” tulisnya di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.
Kenyataan Nadal hadir sehari selepas presiden semasa, Florentino Pérez, mengesahkan bahawa pemilihan presiden akan diadakan di kelab tersebut.
He leído informaciones que me relacionan con posibles candidaturas a la presidencia del Real Madrid. Me gustaría aclarar que estas informaciones no son ciertas.
Walaupun menolak khabar angin itu, Nadal sebelum ini tidak pernah menyembunyikan minatnya untuk memimpin Real Madrid suatu hari nanti, namun pada masa sama terus menyuarakan sokongan kepada Pérez.
“Ya, saya mahu menjadi presiden Real Madrid,” kata Nadal pada 2023.
“Tetapi buat masa ini tiada apa yang perlu diperkatakan kerana kami mempunyai presiden terbaik. Dalam hidup, banyak perkara boleh berubah dan anda perlu fikir sama ada anda benar-benar mampu memikul tanggungjawab tersebut.”
Sejak bersara daripada tenis profesional pada 2024, Nadal semakin aktif dalam pelbagai projek sukan dan perniagaan termasuk saingan E1 Series serta padel.
Dominasi Jannik Sinner dalam Jelajah ATP sejak awal 2024 menjadikannya antara pemain paling sukar ditewaskan dalam tenis lelaki moden.
Juara empat Grand Slam itu tampil konsisten di hampir setiap kejohanan menerusi permainan agresif dari baseline, ketenangan ketika mata penting dan kemampuan mengekalkan tahap tinggi secara berterusan.
Dalam tempoh itu, Carlos Alcaraz muncul satu-satunya pemain yang benar-benar mampu memberi tentangan konsisten kepada pemain Itali tersebut. Namun dengan bintang Sepanyol itu kini diketepikan akibat kecederaan, kebanyakan pemain lain bergelut untuk menyaingi Sinner.
Selepas Terbuka Madrid 2026, berikut 10 pemain terakhir selain Alcaraz yang berjaya menewaskan Sinner dalam Jelajah ATP.
Pemain muda Czech ini mencipta antara kemenangan terbesar dalam kariernya apabila menamatkan rentetan 22 kemenangan berturut-turut Sinner menerusi kemenangan 7-6(3), 2-6, 6-3 di Doha.
Novak Djokovic (Separuh Akhir Terbuka Australia 2026)
Djokovic mempamerkan pengalaman dan ketahanan luar biasa apabila bangkit dua kali selepas kehilangan set untuk menewaskan Sinner 3-6, 6-3, 4-6, 6-4, 6-4 di Melbourne.
Kemenangan Griekspoor hadir selepas Sinner menarik diri akibat masalah fizikal, namun pemain Belanda ini tetap wajar diberikan pujian selepas berjaya menandingi intensiti permainan Sinner dan memberi tekanan konsisten sejak awal perlawanan.
Bublik menamatkan rentetan 66 kemenangan berturut-turut Sinner ke atas pemain di luar kelompok 20 terbaik dunia. Sinner bermula baik dengan memenangi set pertama, namun Bublik bangkit untuk menang 3-6, 6-3, 6-4 sebelum kemudian menjuarai Halle buat kali kedua.
Daniil Medvedev (Suku Akhir Kejohanan Wimbledon 2024)
Medvedev menampilkan disiplin taktikal dan pertahanan yang tinggi dalam pertarungan lima set di Centre Court. Pemain Rusia ini menang 6-7(7), 6-4, 7-6(4), 2-6, 6-3 sekali gus menafikan peluang Sinner mara ke separuh akhir Wimbledon buat kali pertama.
Stefanos Tsitsipas (Separuh Akhir Masters Monte Carlo 2024)
Tsitsipas kembali menemui rentak terbaiknya di gelanggang tanah liat ketika menuju gelaran ketiga di Monte Carlo. Kemenangan 6-4, 3-6, 6-4 ke atas Sinner menjadi ujian paling sukar sepanjang kejohanannya, malah set yang dimenangi Sinner itu merupakan satu-satunya set yang dilepaskan Tsitsipas sepanjang minggu tersebut.
Shelton mencatat antara kemenangan terbesar dalam musim kebangkitannya apabila permainan kidal agresifnya menyukarkan Sinner di Shanghai. Selepas kehilangan set pembukaan, pemain Amerika ini bangkit dengan lebih berani untuk menang 2-6, 6-3, 7-6(5).
Bersandarkan servis kuat dan kestabilan pukulan backhand, Zverev menewaskan Sinner 6-4, 3-6, 6-2, 4-6, 6-3 dalam pertarungan hampir lima jam di Flushing Meadows.
Musim MotoGP 2026 terus berlangsung di Eropah minggu ini apabila saingan beralih ke Circuit de Barcelona-Catalunya bagi Grand Prix Catalunya yang merupakan antara pusingan paling mencabar dari segi teknikal dan litar Sepanyol kedua dalam kalendar musim ini.
Menjelang aksi berkelajuan tinggi yang boleh disaksikan secara langsung di SPOTV NOW, berikut lima fakta menarik untuk diketahui.
Perlumbaan 'laman sendiri' buat beberapa pelumba
Jika Jerez sering dianggap 'rumah' buat pelumba Sepanyol, Montmeló pula mempunyai nilai lebih peribadi bagi beberapa nama tempatan dari Catalonia. Adik-beradik Márquez berasal dari Cervera, Maverick Viñales pula dari Figueres, manakala Álex Rins dilahirkan di Barcelona. Ia menjadikan Grand Prix Catalunya antara hujung minggu paling istimewa buat pelumba tempatan.
Marc Márquez bakal terlepas Grand Prix Catalunya buat kali ketiga dalam karier MotoGP selepas kemalangan di Le Mans. Juara dunia enam kali itu sebelum ini turut tidak beraksi pada edisi 2020 dan 2022 ketika menjalani proses pemulihan pembedahan tangan, dengan Stefan Bradl menggantikannya dalam kedua-dua perlumbaan tersebut.
Walaupun belum disahkan secara rasmi, Ducati dijangka menggunakan khidmat pelumba ujian berpengalaman Michele Pirro sebagai pengganti.
Apabila Álex Márquez menjuarai perlumbaan di Montmeló tahun lalu, beliau bukan sahaja meraih kemenangan MotoGP pertamanya di litar itu, malah menjadi satu-satunya pelumba era moden yang pernah menang Grand Prix Catalunya dalam ketiga-tiga kelas. Sebelum itu, beliau pernah menang dalam Moto3 pada 2014 serta Moto2 pada 2017 dan 2019.
Kemenangan Álex Márquez dari petak utama tahun lalu sebenarnya satu pencapaian yang jarang berlaku di Montmeló. Dalam tempoh 20 tahun terakhir, hanya empat pelumba berjaya menukar pole position menjadi kemenangan di Grand Prix Catalunya. Statistik itu menunjukkan perlumbaan di litar ini sering dipengaruhi faktor seperti pengurusan tayar, rentak perlumbaan dan pertarungan slipstream menuju selekoh pertama.
Bola sepak dan MotoGP bertemu
Grand Prix Catalunya sering menyatukan dunia bola sepak dan MotoGP. Pemain serta tokoh yang mempunyai kaitan dengan FC Barcelona dan RCD Espanyol kerap hadir di paddock, termasuk mengambil bahagian dalam upacara bendera penamat. Antara nama yang pernah terlibat dalam edisi sebelum ini ialah Carles Puyol, Joan García dan Marcos Alonso.
Kejatuhan Marc Marquez di Grand Prix Perancis 2026 menambah lagi episod kecederaan dalam antara karier paling mencabar dalam era moden MotoGP.
Pelumba Ducati itu mengalami patah kaki serta kecederaan bahu yang bertambah serius ketika perlumbaan sprint di Le Mans, sekali gus memaksanya terlepas sekurang-kurangnya pusingan Perancis dan Catalonia.
Walaupun Marquez kekal sebagai antara pelumba paling berjaya dalam MotoGP dengan enam gelaran dunia kelas perdana, sebahagian besar perjalanan kariernya sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak dipengaruhi kecederaan dan proses pemulihan yang berulang.
Sejak debut pada 2013 hingga pusingan pembukaan musim 2020, pelumba Sepanyol itu tidak pernah terlepas walau satu perlumbaan MotoGP meskipun beberapa kali terbabit dalam kemalangan besar, mencatat 129 perlumbaan berturut-turut.
Rentetan itu berakhir di Jerez pada 2020 apabila beliau mengalami patah tulang humerus kanan dalam kemalangan yang mengubah perjalanan kariernya.
Kecederaan tersebut memaksanya berehat sepanjang musim dan membawa kepada pelbagai komplikasi termasuk beberapa pembedahan, masalah diplopia berulang, kecederaan patah tulang serta isu bahu yang berterusan.
Antara 2020 hingga 2023, Marquez terlepas 30 Grand Prix ketika berusaha untuk kembali pulih dan bersaing semula di kelompok hadapan.
Kebangkitan semula mula kelihatan pada 2024 selepas beliau menyertai Gresini Racing sebaik menamatkan kerjasama panjang bersama Repsol Honda. Menunggang jentera Ducati spesifikasi lama, Marquez berjaya mengharungi kesemua perlumbaan buat kali pertama sejak 2019 dan kembali menjadi pencabar podium serta kemenangan.
Prestasi tersebut membawanya ke pasukan utama Ducati bagi musim 2025, sekali gus menghidupkan semula cabaran kejuaraan dunia. Namun, momentum itu sekali lagi terganggu selepas kecederaan bahu di Grand Prix Indonesia memaksanya terlepas empat pusingan terakhir musim.
Kecederaan terbaru pada 2026 kini menjadi gangguan besar kedua sejak kebangkitan semulanya bersama Ducati dan kembali menimbulkan persoalan sama ada Marquez mampu mengharungi semusim penuh tanpa masalah fizikal pada penghujung kariernya.
Namun begitu, Marquez berkali-kali membuktikan bahawa beliau sukar diketepikan. Ketahanan mental dan fizikalnya terus menjadi sebahagian besar legasi beliau, sama seperti enam gelaran dunia MotoGP yang dimilikinya.
Ketika Marquez menjalani proses pemulihan terbaharu, berikut ringkasan sejarah kecederaannya mengikut musim sepanjang karier MotoGP.
Musim
Aksi Terlepas
Sebab
2013
0/18
—
2014
0/18
—
2015
0/18
—
2016
0/18
—
2017
0/18
—
2018
0/18
—
2019
0/19
—
2020
13/14
Mengalami patah tulang humerus kanan di GP Sepanyol sebelum menjalani beberapa pembedahan dan berdepan komplikasi susulan.
2021
4/18
Meneruskan proses pemulihan daripada pembedahan tangan sebelum diketepikan akibat diplopia.
2022
8/20
Mengalami semula diplopia di GP Indonesia sebelum menjalani pembedahan keempat pada tangan kanan.
2023
5/20
Mengalami patah ibu jari kanan di GP Portugal sebelum patah ibu jari kiri di GP Jerman.
2024
0/20
—
2025
4/22
Mengalami kecederaan bahu di GP Indonesia.
2026 (masih berlangsung)
2/22
Mengalami patah kaki di GP Perancis sebelum menjalani pembedahan bahu.
PGA Championship 2026 bakal berlangsung dari 14 hingga 17 Mei di Aronimink Golf Club, dengan 156 pemain bersaing memburu Trofi Wanamaker yang merupakan antara trofi paling berprestij dalam dunia golf.
LIV Golf sekali lagi mempunyai wakil besar dalam major kedua musim ini, walaupun jumlah pemain berkurang kepada 11 selepas Phil Mickelson menarik diri atas urusan keluarga.
Dengan pemain LIV Golf terus memberi saingan di kejohanan major, tumpuan sekali lagi terarah sama ada salah seorang daripada mereka mampu mencabar kejuaraan di pentas terbesar golf dunia.
Peminat boleh menyaksikan kesemua empat pusingan PGA Championship serta aksi LIV Golf sepanjang musim secara langsung di SPOTV NOW.
Pemain
Pasukan LIV Golf (2026)
Pencapaian Terbaik
Cara Layak
Martin Kaymer
Cleeks GC
Juara (2010)
Layak sebagai bekas juara PGA Championship.
Bryson DeChambeau
Crushers GC
Ke-2 / T2 (2024, 2025)
Layak menerusi kemenangan di U.S. Open 2024.
Dustin Johnson
4Aces GC
Ke-2 / T2 (2019, 2020)
Menerima jemputan khas PGA of America.
Thomas Detry
4Aces GC
T4 (2024)
Menerima jemputan khas PGA of America sebagai pemain dalam kelompok 100 terbaik dunia.
Jon Rahm
Legion XIII
T4 (2018)
Layak menerusi kemenangan di Masters Tournament 2023.
Joaquin Niemann
Torque GC
T8 (2025)
Layak selepas menamatkan saingan dalam kelompok 15 terbaik di PGA Championship 2025.
Cameron Smith
Ripper GC
T9 (2023)
Layak menerusi kemenangan di Open Championship 2022.
Tyrrell Hatton
Legion XIII
T10 (2016, 2018)
Layak sebagai pemain Ryder Cup 2025 yang berada dalam kelompok 100 terbaik.
Tom McKibbin
Legion XIII
T50 (2025)
Menerima jemputan khas PGA of America sebagai pemain dalam kelompok 100 terbaik dunia.
David Puig
Fireballs GC
T60 (2025)
Menerima jemputan khas PGA of America sebagai pemain dalam kelompok 100 terbaik dunia.
Elvis Smylie
Ripper GC
T72 (2025)
Menerima jemputan khas PGA of America sebagai pemain dalam kelompok 100 terbaik dunia.