Carlos Alcaraz mengesahkan beliau tidak akan beraksi di Wimbledon 2026 ketika masih menjalani proses pemulihan daripada kecederaan pergelangan tangan.
Juara Wimbledon dua kali itu sebelum ini sudah menarik diri daripada Roland Garros akibat masalah yang sama, dan kini turut mengesahkan bahawa beliau akan terlepas keseluruhan musim gelanggang rumput.
View this post on Instagram
“Pemulihan saya berjalan dengan baik dan saya semakin pulih, tetapi malangnya saya masih belum bersedia untuk bertanding. Sebab itu saya terpaksa menarik diri daripada saingan gelanggang rumput, termasuk Queen’s dan Wimbledon,” tulisnya di Instagram.
“Kedua-dua kejohanan ini sangat istimewa buat saya dan saya pasti akan merinduinya. Saya akan terus berusaha untuk kembali secepat mungkin!”
Pemain nombor dua dunia itu mengalami kecederaan berkenaan ketika aksi pusingan pertama Terbuka Barcelona menentang Otto Virtanen pada April.
Masalah tersebut memaksanya menarik diri sebelum perlawanan pusingan kedua, sebelum turut terlepas aksi di Terbuka Madrid dan Terbuka Itali, yang kedua-duanya dimenangi Jannik Sinner.
View this post on Instagram



