Messi akui banyak persamaan dengan Nadal

(AELTC/Matthias Hangst)

Lionel Messi mengakui beliau melihat banyak persamaan antara dirinya dan Rafael Nadal selepas membantu Argentina memulakan kempen Piala Dunia FIFA 2026 dengan kemenangan meyakinkan ke atas Algeria.

Kapten Argentina itu mencuri tumpuan apabila meledak hatrik dalam kemenangan 3-0 pada Selasa, sekali gus menyamai rekod Miroslav Klose sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah Piala Dunia dengan 16 gol.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FIFA World Cup (@fifaworldcup)

Ketika mengulas persembahannya selepas perlawanan, pemenang Ballon d’Or lapan kali itu berkata beliau cukup mengagumi mentaliti Nadal dan cara legenda tenis Sepanyol itu terus mengekalkan standard tertinggi sepanjang kariernya.

“Saya suka bermain bola sepak. Ia menjadi minat saya sejak kecil dan apabila berada dalam keadaan terbaik, saya sentiasa mahu memberikan segala-galanya.

“Kami sedang menonton siri dokumentari Rafa Nadal dan saya rasa kami mempunyai banyak persamaan. Saya benar-benar dapat mengaitkan diri dengannya.

“Saya sentiasa mahu memberikan yang terbaik dan berada pada tahap terbaik. Itulah yang membuatkan saya menikmati apa yang saya lakukan.”

Nadal menamatkan karier profesionalnya pada 2024 sebagai antara pemain tenis paling berjaya dalam sejarah dengan 22 gelaran Grand Slam perseorangan, termasuk dua kejuaraan Wimbledon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)