Sutjiadi dan Tjen bergandingan di Wimbledon 2026

(AELTC/Tony O’Brien)

Aldila Sutjiadi dan Janice Tjen mengesahkan tempat dalam saingan beregu wanita Wimbledon 2026 selepas tersenarai dalam senarai kemasukan utama yang melibatkan 64 pasangan.

Gandingan Indonesia itu sebelum ini sudah beberapa kali beraksi bersama musim ini, termasuk di Terbuka Madrid, Terbuka Itali dan Roland Garros.

Sebagai persiapan menghadapi Wimbledon, Sutjiadi dan Tjen turut beraksi dalam beberapa kejohanan gelanggang rumput, termasuk Libema Open dan Nottingham Open.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janice Tjen (@janicetjen)

Bintang Filipina, Alex Eala, turut akan beraksi dalam acara beregu wanita di All England Club apabila bergandingan bersama pemain Republik Czech, Nikola Bartunkova.

Sementara itu, pemain Thailand iaitu Pruchya Isaro, Lanlana Tararudee dan Peangtarn Plipuech bersama pasangan masing-masing masih berada dalam senarai simpanan selepas gagal memperoleh kemasukan terus ke undian utama.

Saingan beregu Wimbledon tahun ini turut menyaksikan kemunculan semula Venus dan Serena Williams sebagai pasangan selepas menerima wild card untuk beraksi bersama buat kali pertama sejak Terbuka Amerika Syarikat 2022.

Wimbledon 2026 akan bermula pada 29 Jun dan disiarkan secara langsung menerusi SPOTV NOW.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)