Senior PGA Championship 2026 akan berlangsung dari 16 hingga 19 April di The Concession Golf Club di Bradenton, Florida, menghimpunkan barisan pemain ternama dalam saingan golf senior.
Kejohanan ini menampilkan 156 pemain termasuk 11 bekas juara, 21 juara major, tujuh ahli World Golf Hall of Fame serta 10 bekas kapten Ryder Cup, sekali gus menyerlahkan statusnya sebagai antara acara utama dalam kalendar PGA Tour Champions bagi pemain berusia 50 tahun ke atas.
View this post on Instagram
Dalam barisan tersebut, Asia turut mempunyai wakil apabila enam pemain dari Thailand, Korea Selatan dan Jepun disahkan beraksi.
Saksikan aksi mereka secara langsung di SPOTV NOW.
Thongchai Jaidee (Thailand)
Umur: 56 | Pencapaian terbaik: T17 (2022)
Antara pemain paling berjaya dari Asia, Jaidee mengumpul 21 gelaran di Jelajah Asia dan Eropah. Beliau turut mencatat beberapa kemenangan dalam PGA Tour Champions dan kekal sebagai pencabar konsisten di peringkat senior.
It’s just as easy as that for Thongchai Jaidee! 😎 #SrPGAChamp pic.twitter.com/uRPqEJvgKe
— Senior PGA Champ (@seniorpgachamp) January 17, 2025
Thammanoon Sriroj (Thailand)
Age: 56 | Best finish: N/A
Pemenang tiga kali Order of Merit All Thailand Golf Tour ini lebih dikenali di peringkat serantau. Sriroj akan membuat penampilan sulung di Senior PGA Championship tahun ini.
🎉 Congratulations to Thammanoon Sriroj 🇹🇭
Winner of the 35th Japan Senior Open Golf Championship 🏆Thammanoon fired -14 (4R total) to claim his 2nd JPGA Senior Tour title, earning ¥18,000,000 (~THB 3.9M). This victory also secures him a spot at the Japan Open in October. 👏 pic.twitter.com/NJJtTOBaHK
— allThailandGolfTour (@allThailandGolf) September 21, 2025
Choi Kyung-Ju (Korea Selatan)
Umur: 55 | Pencapaian terbaik: T3
Choi merupakan antara pelopor kebangkitan golf Korea Selatan, dengan lapan kemenangan PGA Tour termasuk The Players Championship 2011. Beliau juga pernah menjuarai The Senior Open Championship.
Throwback to this impressive birdie from K.J. Choi! 🐦 pic.twitter.com/3ibZtHNiGb
— Senior PGA Champ (@seniorpgachamp) August 9, 2024
Yang Yong-eun (Korea Selatan)
Umuar: 54 | Pencapaian terbaik: T11 (2025)
Yang mencipta sejarah sebagai pemain lelaki Asia pertama memenangi kejohanan major apabila menewaskan Tiger Woods di PGA Championship 2009 — satu pencapaian penting dalam sejarah golf Asia.
Y.E. Yang makes the crowd ROAR with this shot! 🙌#TopShotTuesday pic.twitter.com/WZv28wdkJt
— Senior PGA Champ (@seniorpgachamp) August 13, 2024
Charlie Wi (Korea Selatan)
Umur: 54 | Pencapaian terbaik: T20 (2022)
Wi menikmati karier cemerlang di pelbagai jelajah, termasuk kemenangan di Terbuka Malaysia 2006 serta penamat T9 di PGA Championship 2008. Beliau juga pernah mewakili Asia dalam saingan berpasukan seperti Dynasty Cup 2003 dan Royal Trophy 2009.
Team International Vice-Captain Charlie Wi was called up to play in place of Mark Hensby who was dealing with an illness @WorldChampsCup.
After a mad dash that included clubs left in his hotel room, warming up with partner Y.E. Yang’s golf clubs and a borrowed glove, the PGA… pic.twitter.com/wEpvyyZzvE
— PGA TOUR Champions (@ChampionsTour) December 5, 2025
Katsumasa Miyamoto (Jepun)
Umur: 53 | Pencapaian terbaik: T10 (2023)
Miyamoto merupakan antara pemain paling prolifik di Jepun dengan 12 kemenangan Japan Golf Tour dan 10 gelaran Japan PGA Senior Tour, menjadikannya antara pemain paling berjaya dari Jepun dalam generasinya.
Take a moment to slow down & relax with this view of Katsumasa Miyamoto’s smooth swing! #SrPGAChamp pic.twitter.com/dm1Mcxx6qD
— Senior PGA Champ (@seniorpgachamp) May 22, 2024



