Kenali 12 pasukan yang layak ke playoff MLB 2026

Musim regular MLB 2026 sudah melabuhkan tirai dan 12 pasukan kini meneruskan perjuangan memburu tempat ke World Series.

Enam pasukan masing-masing layak dari American League (AL) dan National League (NL). Dua juara divisyen terbaik dalam setiap liga mendapat laluan terus ke Division Series, manakala lapan pasukan lain perlu mengharungi Wild Card Series.

Berikut 12 pasukan yang akan memburu gelaran World Series dan laluan yang menanti mereka dalam postseason.

Tampa Bay Rays (AL)

Rays muncul antara pasukan yang paling mencuri perhatian musim ini apabila bangkit daripada dua kempen berturut-turut dengan rekod kalah untuk menjuarai AL East dengan catatan 98-64.

Junior Caminero dan Yandy Diaz menjadi antara tonggak utama Tampa Bay yang turut muncul pilihan pertama AL.

Kedudukan itu membolehkan Rays terus mara ke Division Series, selain memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri sepanjang playoff AL.

Mereka akan menentang pemenang Wild Card Series antara New York Yankees dan Boston Red Sox.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tampa Bay Rays (@raysbaseball)

Cleveland Guardians (AL)

Cleveland mempamerkan kebangkitan pada penghujung musim untuk memintas Chicago White Sox dan merangkul kejuaraan AL Central dengan rekod 85-77.

Jose Ramirez sekali lagi menjadi watak penting buat Guardians yang memasuki postseason sebagai pilihan kedua AL dan tidak perlu beraksi dalam Wild Card Series.

Cleveland akan bertemu sama ada Houston Astros atau White Sox dalam Division Series.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cleveland Guardians (@cleguardians)

Houston Astros (AL)

Astros terpaksa menunggu sehingga hari terakhir musim regular sebelum mengesahkan kejuaraan AL West selepas bersaing rapat dengan Texas Rangers.

Houston menamatkan musim dengan rekod 81-81, paling rendah dalam kalangan enam pasukan playoff AL.

Namun, status juara divisyen membolehkan Astros mendapat pilihan ketiga dan mereka akan melayan kunjungan White Sox dalam Wild Card Series.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Houston Astros (@astros)

New York Yankees (AL)

Masalah kecederaan tidak menghalang Yankees daripada mencatat rekod 93-68 dan meraih slot Wild Card terbaik AL.

Aaron Judge terlepas tiga bulan akibat kecederaan sebelum kembali pada September, namun Yankees berjaya kekal dalam perebutan playoff sepanjang ketiadaan bintang utama mereka itu.

New York gagal menyaingi Tampa Bay dalam perebutan AL East, tetapi akan memiliki kelebihan beraksi di Yankee Stadium apabila bertemu seteru tradisi, Boston dalam Wild Card Series.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by New York Yankees (@yankees)

Boston Red Sox (AL)

Selepas membuka musim dengan rekod 2-8 dan melakukan pertukaran pengurus, Boston bangkit untuk menamatkan saingan dengan catatan 87-75 serta meraih slot Wild Card kedua AL.

Rentetan 15 kemenangan pada Julai menjadi titik perubahan buat Red Sox, manakala kehadiran Willson Contreras dan Sonny Gray turut memperkuatkan pasukan sepanjang musim.

Boston akan berdepan Yankees dalam Wild Card Series.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Boston Red Sox (@redsox)

Chicago White Sox (AL)

White Sox mencatat antara kebangkitan terbesar MLB musim ini apabila kembali ke playoff selepas mengalami lebih 100 kekalahan dalam setiap dua musim sebelumnya.

Chicago hampir memperolehi kedudukan teratas AL Central sebelum dipintas Cleveland pada penghujung musim dan menamatkan saingan dengan rekod 84-78.

Bintang dari Jepun, Munetaka Murakami menjadi antara muka baharu yang membantu mengubah nasib White Sox musim ini.

Mereka akan memulakan postseason di Houston menentang Astros dalam Wild Card Series.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chicago White Sox (@whitesox)

Milwaukee Brewers (NL)

Brewers memiliki rekod terbaik dalam keseluruhan MLB selepas mencatat 103 kemenangan dan 59 kekalahan untuk menjuarai NL Central.

Brice Turang dan Jackson Chourio menjadi antara pemain penting dalam satu lagi kempen musim regular yang cemerlang buat Milwaukee.

Sebagai pilihan pertama NL, Brewers terus mara ke Division Series dan mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri sepanjang playoff liga tersebut.

Mereka akan menanti pemenang Wild Card Series antara San Diego Padres dan Chicago Cubs.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Milwaukee Brewers (@brewers)

Los Angeles Dodgers (NL)

Shohei Ohtani dan juara bertahan World Series dua kali itu meneruskan penguasaan mereka dalam musim regular dengan rekod 100-62 untuk sekali lagi menjuarai NL West.

Dodgers turut diperkuatkan bekas pemenang Cy Young, Tarik Skubal ketika memburu kejuaraan World Series buat kali ketiga berturut-turut.

Musim ini menyaksikan Dodgers mara ke postseason buat kali ke-14 berturut-turut, selain meraih kejuaraan divisyen ke-13 sepanjang tempoh tersebut.

Sebagai pilihan kedua NL, Dodgers terus ke Division Series dan akan berdepan sama ada Atlanta Braves atau Philadelphia Phillies.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Los Angeles Dodgers (@dodgers)

Atlanta Braves (NL)

Selepas terlepas playoff musim lalu, Atlanta kembali ke postseason dengan menjuarai NL East menerusi rekod 94-68.

Braves berada di depan dalam divisyennya untuk sebahagian besar musim dengan Ronald Acuna Jr., Matt Olson dan Chris Sale memainkan peranan utama.

Atlanta mendapat pilihan ketiga NL dan akan melayan kunjungan Phillies dalam Wild Card Series.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Atlanta Braves (@braves)

San Diego Padres (NL)

Padres bangkit daripada prestasi tidak menentu pada pertengahan musim untuk menamatkan kempen dengan rekod 91-71 dan meraih slot Wild Card terbaik NL.

Fernando Tatis Jr. kekal antara tonggak utama San Diego yang mencipta sejarah kelab dengan layak ke postseason buat musim ketiga berturut-turut.

Padres akan menerima kunjungan Cubs dalam Wild Card Series.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by San Diego Padres (@padres)

Chicago Cubs (NL)

Prestasi Cubs turun naik sepanjang musim, namun rekod 89-73 sudah cukup untuk membawa mereka ke postseason menerusi slot Wild Card kedua NL.

Pete Crow-Armstrong, Alex Bregman dan Seiya Suzuki menjadi antara sandaran utama Chicago yang mara ke playoff buat musim kedua berturut-turut.

Selepas sampai ke Division Series musim lalu, Cubs perlu memulakan cabaran kali ini di San Diego menentang Padres dalam Wild Card Series.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by cubs (@cubs)

Philadelphia Phillies (NL)

Phillies menahan cabaran lewat Arizona Diamondbacks untuk merebut tiket terakhir ke postseason dengan rekod 88-74.

Philadelphia menamatkan saingan di belakang Atlanta dalam NL East dan kini sudah layak ke playoff dalam lima musim berturut-turut.

Cabaran mereka akan bermula di tempat lawan apabila berdepan Braves dalam Wild Card Series.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by phillies (@phillies)