Celtic pecat Nancy, lantik O’Neill hingga akhir musim

(Sumber gambar: IMAGO/Gonzales Photo)

Celtic mengumumkan pemecatan Wilfried Nancy pada Isnin, hanya sebulan selepas beliau mengambil alih jawatan ketua jurulatih.

Kekalahan 3-1 kepada Rangers pada Sabtu lalu, yang menyaksikan rentetan buruk Celtic berlanjutan kepada enam kekalahan daripada lapan perlawanan, menjadi titik noktah buat pengendali dari Perancis itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV Indonesia (@spotv.indonesia)

Nancy, yang dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik MLS 2024 sebelum menyertai Celtic dari Columbus Crew, digantikan serta-merta oleh Martin O’Neill yang dilantik sehingga penghujung musim.

Jurulatih dari Ireland Utara itu kembali menggalas peranan sementara buat kali kedua musim ini.

Pada tempoh pertama beliau susulan pemergian Brendan Rodgers pada Oktober, Celtic mencatat tujuh kemenangan daripada lapan perlawanan dalam semua kejohanan, termasuk mara ke final Piala Liga Scotland.

“Saya sudah tentu gembira dan berasa bertuah dapat kembali ke kelab ini, tetapi dalam situasi seperti ini, dengan Wilfried meninggalkan kelab, ia terasa sedikit janggal buat masa sekarang,” kata O’Neill.

“Kami tahu kami sedang berdepan cabaran besar. Sasaran kami adalah untuk memenangi liga. Ia tidak mudah, walaupun memang tidak pernah mudah, tetapi musim masih separuh jalan dan kami perlu bersedia menghadapi cabaran ini.”

Ketika ini, Celtic berada di tangga kedua liga, ketinggalan enam mata di belakang pendahulu Hearts,.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW