Musim liga A-League 2025/26 telah berakhir, sekali gus menentukan enam pasukan yang layak ke saingan Finals.Newcastle Jets selaku juara liga dan Adelaide United di tempat kedua mendapat laluan terus ke separuh akhir, manakala baki empat pasukan akan bersaing dalam pusingan penyingkiran.
| Tarikh | Perlawanan |
|---|---|
| 2 Mei | Auckland FC lwn Melbourne City |
| 2 Mei | Melbourne Victory lwn Sydney FC |
| 8-10 Mei & 15 | Separuh Akhir: Adelaide United lwn TBA |
| 8-10 Mei & 16 | Separuh Akhir: Newcastle Jets lwn TBA |
| 23-24 Mei | Grand Final |
Berikut perjalanan setiap pasukan ke Finals.
View this post on Instagram
Newcastle Jets
Pencapaian terbaik Finals: Juara (2008)
Newcastle Jets menamatkan musim sebagai juara liga selepas bangkit daripada permulaan yang tidak meyakinkan.
Mereka tewas enam daripada 10 perlawanan awal, namun segalanya berubah selepas memasuki tahun baharu. Kemenangan ke atas Auckland FC menjadi titik tolak kepada lapan kemenangan berturut-turut yang melonjakkan mereka ke puncak.
Keputusan lain, termasuk bantuan daripada seteru F3, Central Coast Mariners, pada pusingan kedua terakhir, mengesahkan kejuaraan mereka. Selepas turut menjuarai Australia Cup, skuad kendalian Mark Milligan kini mengintai peluang melengkapkan treble domestik.
View this post on Instagram
Adelaide United
Pencapaian terbaik Finals: Juara (2016)
Adelaide United memperkemaskan rentak mereka pada separuh kedua musim untuk muncul antara pasukan paling konsisten.
Di bawah kendalian Airton Andrioli, mereka kekal bersaing dalam kelompok teratas sebelum memastikan tempat kedua pada aksi terakhir. Gol lewat Luka Jovanovic ke atas Melbourne City pada perlawanan terakhir menjadi penentu yang membawa mereka terus ke separuh akhir.
Definition of Clutch 😍
The goal that seals second and Asia 🙌#MCYvADL https://t.co/dSsHLsBu4b pic.twitter.com/ILVf3jorar
— Adelaide United (@AdelaideUnited) April 26, 2026
Auckland FC
Pencapaian terbaik Finals: Separuh akhir (2025)
Dengan kekuatan utama terletak pada pertahanan yang kukuh, Auckland FC berada dalam kelompok dua teratas untuk sebahagian besar musim.
Namun, prestasi mereka merosot pada penghujung musim apabila hanya mencatat tiga seri dan dua kekalahan dalam lima perlawanan terakhir, sekali gus terlepas peluang ke separuh akhir. Walaupun begitu, tempat ketiga masih memberi kelebihan beraksi di laman sendiri menentang Melbourne City dalam perlawanan penyingkiran.
View this post on Instagram
Melbourne Victory
Pencapaian terbaik Finals: Juara (2007, 2009, 2015, 2018)
Melbourne Victory bangkit selepas permulaan perlahan, dengan kehadiran Juan Mata. Kreativiti bekas pemain Manchester United dan Chelsea itu memberi dimensi baharu kepada serangan pasukan, sekali gus membantu mereka mengumpul mata penting dan mengekalkan kedudukan dalam kelompok enam terbaik.
Who else but Juan Mata to finish top of the assists charts! 🔵🔥
The Melbourne Victory star’s 13 assists tally is the third-most of any player in an Isuzu UTE A-League season. Inevitable 🪄 pic.twitter.com/yPHU4h4RNC
— Isuzu UTE A-League (@aleaguemen) April 28, 2026
Sydney FC
Pencapaian terbaik Finals: Juara (2006, 2010, 2017, 2019, 2020)
Sydney FC pernah berada di landasan kukuh untuk menamatkan musim di kelompok teratas.
Namun beberapa kecederaan pemain penting, khususnya Joe Lolley, menjejaskan prestasi mereka. Rentetan keputusan kurang konsisten membawa kepada perubahan jurulatih apabila Ufuk Talay digantikan oleh Patrick Kisnorbo pada Mac.
Kisnorbo berjaya menstabilkan pasukan dengan penamat tanpa kalah, termasuk kemenangan 2-0 ke atas Western Sydney Wanderers.
View this post on Instagram
Melbourne City
Pencapaian terbaik Finals: Juara (2021, 2025)
Melbourne City berdepan kesukaran pada awal musim apabila perlu mengimbangi saingan domestik dan AFC Champions League Elite.
Namun selepas tersingkir dari saingan benua, prestasi mereka meningkat ketara. Mereka mengutip 16 mata daripada tujuh perlawanan terakhir, termasuk kemenangan penting ke atas Central Coast Mariners dan Wellington Phoenix untuk memastikan tempat ke Finals.
View this post on Instagram



